Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Sesuai Untuk Minum Petang & Bekalan Anak Sekolah
Kalau anak-anak anda suka makan bergedil, ini ada versi baru hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn. Bentuknya bulat, gerenti anak-anak suka. Sedap dan senang cara membuatnya.
Elok sangat kalau dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dijadikan menu bekalan anak ke sekolah atau untuk anda sendiri ke pejabat. Kalau buat banyak boleh difrozenkan. Bila-bila teringin nak makan boleh terus goreng je. Mudahkan.
Berikut dikongsikan resipi cara-cara membuat bebola kentang inti ayam.
BEBOLA KENTANG INTI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Ads
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
Ads
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
Ads
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
1/2 biji bawang holand
2 batang sederi
2 biji tomato
3 biji cili padi diketuk
Daun ketumbar
3 biji limau kasturi
Jangan lupa 1/2 kilo tulang rusuk lembu.
Cara-cara memasak:
Rebus tulang dan daging sampai lembut. Kalau ada periuk tekanan better guna. Cepat je empuk dagingnya.
Panaskan minyak, masuk semua bahan menumis. Tumis sampai kekuningan. Bunjut berbalut putih tu la rahsia kesedapan. Tak perlu jampi pun. Macam biasala, buka tingkap kasi Senah jiran sebelah bau.
Daging dah empuk, masuk je bahan tumis dalam periuk daging. Termasukla bunjut putih tu.
Perah 3 biji buah limau kasturi. Boleh juga ganti dengan lemon. Kalau ada sos ikan masuk la 2 sudu. Tak ada pun takpa.
Kemudian masuk semua bahan akhir masakan. Mudah je, susah bila kau malas. Cili api boleh letak banyak kalau nak pedas terangkat.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Last sekali tabur daun ketumbar. Kalau tak suka ketumbar, gantikan dengan daun sup dan daun bawang.
SIAP! Tabur bawang goreng pun sodap. Uihhh rasa sup masam-masam sungguh menyelerakan. Kalau ada sambal hitam lagi padu.
Bila hirup je kuah sup siam ni, terasa seperti berada di Restoran Thai bertaraf kayangan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Brokoli, si hijau yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tersenarai dalam kategori makanan super, brokoli mempunyai banyak kelebihannya.
Brokoli sarat dengan pelbagai zat dan nutrien ini amat disarankan untuk pembesaran si manja dari usia enam bulan ke atas. Masak brokoli tanpa bahan lain atau gandingkan dengan sayur atau buah. Si kecil tentu suka!
NUTRIEN DALAM BROKOLI
#1 Brokoli adalah sangat tinggi dalam vitamin C dan merupakan sumber serat larut. Ini menjadikan brokoli indah untuk ditambah kepada resipi makanan bayi.
#2 Serat larut adalah serat yang membantu melonggarkan usus kerana ia berubah bentuk ketika ia melewati saluran pencernaan. Satu keterlaluan serat larut dalam diet boleh menghasilkan cirit-birit.
#3 Serat yang tidak larut tidak mengubah bentuknya atau membentuk dan hanya membantu menambah pukal dan terlalu banyak ia boleh menyebabkan sembelit.
Kandungan nutrien dalam satu cawan brokoli yang dikukus
Vitamin A – 2415 iu
Vitamin C – 101.2 mg
Niasin – .86 mg
Folat – 168 mcg
Vitamin E – 2.26 mg
Vitamin K – 220 mg
*Mengandungi pelbagai jenis vitamin yang lain.
Potasium – 457 mg
Fosforus – 105 mg
Magnesium – 33 mg
Kalsium – 62 mg
Sodium – 64 mg
Selenium – 5.7 mg
Zat besi – 5.5 mg
*Mengandungi zink, mangan dan mineral yang lain.
BROKOLI KEPADA BAYI, BILA BOLEH PERKENALKAN?
#4 Brokoli mungkin bukan pilihan terbaik untuk dijadikan salah satu sayur pertama bayi kerana ia boleh menyebabkan gas atau kembung perut. Umur yang dicadangkan sekarang untuk memperkenalkan brokoli ialah apabila bayi berusia lapan hingga 10 bulan.
#5 Sekiranya bayi anda mempunyai sebarang masalah pencernaan, lebih baik lambatkan masa untuk memasukkan brokoli ke dalam diet mereka. Berundinglah dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan memperkenalkan makanan pejal kepada bayi.
CARA MEMILIH DAN MENYIMPAN BROKOLI
#6 Apabila membeli brokoli segar, beli brokoli yang mana bunganya berwarna hijau seragam. Bunga haruslah hijau gelap.
#7 Pastikan bunganya tidak berwarna kelabu atau berjalur dengan adanya bunga yang sudah kekuningan.
#8 Sentiasa simpan brokoli segar di dalam beg plastik terbuka di dalam peti sejuk di dalam laci sayur-sayuran. Brokoli segar bolehdisimpan sehingga empat hari.
CARA PENYEDIAAN TERBAIK
#9 Cara terbaik untuk memasak brokoli ialah mengukus atau memasaknya dengan minyak zaitun.
#10 Sekiranya anda ingin menyediakan brokoli sebagai makanan jejari, pastikan ia dimasak sehingga empuk. Jangan hanya memasak sehingga ‘al dente’ sahaja. Brokoli juga bagus jika dimasak secara panggang atau sup.
4 SAJIAN BROKOLI UNTUK SI MANJA
PURI BROKOLI BAYAM
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.
PURI BROKOLI, OAT DAN PIR
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
OMELET BROKOLI
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
SUP BROKOLI BERKRIM
BAHAN-BAHAN
CARA-CARA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimanapun, adalah menjadi suatu amanah buat ibu bapa untuk mendidik anak supaya anak dapat menunaikan solat tanpa disuruh.
1.Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
2.Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
CONTOHNYA APABILA ANAK KITA MENCAPAI SATU KEJAYAAN, KITA BOLEH KATAKAN PADA MEREKA, “ALHAMDULILLAH, AIMAN DAH USAHA SUNGGUH-SUNGGUH. MESTI ALLAH NAMPAK AIMAN USAHA DAN ALLAH BERIKAN KEPUTUSAN YANG BAIK UNTUK AIMAN.
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
6. Hias bilik mereka terutama tempat solat
Kanak-kanak sangat sukakan sesuatu yang cantik dan ceria. Jadi gunakan kretiviti anda dan ajak anak bersama-sama untuk menghias bilik terutama tempat solat supaya dapat merangsang hormon gembira mereka untuk bersolat. Tempat tersebut juga boleh dijadikan mini perpustakaan dan tempat mengaji.
Pengguna facebook telah berkongsi beberapa keping gambar yang boleh dijadikan rujukan untuk ibu bapa lain yang berminat dalam dekorasi rumah.
Terjumpa gambar dekat pinterest, sungguh creative idea parents dia. Buat mini masjid dekat rumah supaya anak lebih semangat nak solat.
Selain untuk solat, boleh juga jadikan ruang ni untuk membaca atau mengaji 😍😍
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!