Resipi Bihun Goreng Kampung Sedap & Lembut, Rasa Macam Mak-Mak, 4 Bahan Saja!

Share

Air tangan ibu pastinya cukup dirindui. Lagi-lagi air tangan yang dimasak mak-mak kita untuk hidangan sarapan pagi seperti bihun goreng yang memang ‘legend’ rasanya.

Resipi bihun goreng mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Pn Umi Watie ini memang terbaik dan paling menarik hanya gunakan empat bahan sahaja. Tetap sedap, sama seperti mak-mak kita sediakan. Jom cuba!


Nah resipi mihun goreng kampung macam yang mak-mak selalu buat. Ringkas saja bahan tapi sedap bukan main. Hanya 4 bahan saja tau.

Tak payah bubuh ayam, sotong bagai. Cukup hanya dengan udang kering saja. Wajib cuba tau.

Bahan-bahan bihun goreng kampung
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sdb cili kisar
1 sdb udang kering

Ini untuk masak setengah peket bihun tau. Lebih kurang 200g. Rendam bihun sampai lembut. Jom masak.

Bawang merah dan bawang putih tu tumbuk kasar. Gambar kelam lah pulak.

Masukkan cili kisar bila bawang dah kekuningan. Tumis sampai cili garing.

Tumiskan sampai pecah minyak. Macam mana nak tahu dah pecah minyak? Bila nampak minyak dan bahan tumis terpisah. Tapi dengan awak kakchik tak sanggup nak berpisah tau.

Masukkan air dalam 2 cawan. Biarkan dia mendidih ganas.

Masukkan udang kering yang dah direndam dan di tumbuk halus. Pakai tangan sajalah kan. Nak makan sendiri kan. Sambil tu boleh jampi sikit, Kasi anak suami makin sayang dengan kita.

Biarkan dia mendidih ganas lagi. Biar semua bahan sebati dan mesra macam kita berdua.

Perasakan dengan garam ikut selera. Bihun ni tawar bukan macam Mee kuning.

Bubuh juga gula, ini pun ikut selera. Tak suka tak payah bubuh. Kakchik guna gula perang. Kacau-kacaukan semua bahan.

Kecilkan api, masukkan bihun yang sudah direndam lebih awal. Gaulkan sebati.

Api jangan besar tau. Jangan kacau kasar sangat sampai bihun hancur. Api kecil jangan besar. Balik-balik kan supaya masak rata. Masak sampai air kering.

Tadaaaa dah siap. Senang je kan masak bihun kampung ini. Jom hidangkan dalam mangkuk.

Perghhh padu wei. Hilang niat nak berdiet.

Menarik: Puding Roti 3 Bahan, Rangup Di Luar, Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM