Resipi bihun memang mudah disediakan. Senang kata resipi paling selamat nak disediakan kalau mama dah terlambat nak siapkan makanan. Kalau nak tahu macam mana cara penyediaan bihun goreng singapore, ikut langkah-langkah ini.
Resipi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan:
Bahan utama:
Ads
Sebungkus bihun direndam lembut.
Bahan A:
-3-4 ulas bawang merah
-5-6 ulas bawang putih
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu makan udang kering
-2 inci halia
Ads
Nota: Kisar kesemua bahan A
Bahan rencah:
Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang,
Ads
Cara–cara memasak:
-Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
-Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
-Kemudian masukkan isi udang.
-Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
Siap dan sedia untuk dimakan!
Sumber: Senangnya Masak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Roti Pisang Rangup, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap
Resipi roti pisang rangup sesuai disajikan untuk sarapan dan minum petang. Makan panas-panas memang sangat sedap! Kalau mama sudah tepu nak sediakan menu sarapan atau minum petang untuk anak-anak, dan makanan berat yang seangkatan dengannya, apa kata mama cuba menu berasaskan roti pula.
Untuk minum petang, mama boleh hidangkan bersama aiskrim. Mesti anak-anak suka. Resipi roti pisang rangup yang dikongsikan oleh Syukz Aziz ini memang paling mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun ringkas dan senang nak dapat.
BAHAN-BAHAN:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telur
Gula perang ( boleh juga tabur gula putih tapi tabur sedikit sahaja)
Cheddar cheese (tiada pun tidak mengapa, boleh tabur gula sahaja)
CARA MEMBUAT:
1. Sapu marjerin di atas roti.
2. Susun pisang ikut kreatif sendiri.
3. Sapu lagi majerin dan sapu kuning telur.
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5. Bakar dengan suhu 180°c, 5 hingga 7 minit.
6. Bakar pakai air fryer. Yang tidak ada air fryer boleh pakai oven.
7. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Syukz Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda teringin nak masak Lontong kuah lodeh di pagi raya tapi tak pandai, jangan risau hari ini pa&ma akan kongsikan resipi lontong kuah lodeh cara khairul aming. Mudah rupanya nak masak menu ni. Jom cuba!
Kuah Lodeh:
– 3 biji bawang merah
– 4 ulas bawang putih
– 3 cili padi merah
– 2 ketul kunyit hidup
– 4 sudu udang kering yang telah direndam air
– 1 liter air
– 2 batang serai
– Lengkuas sebesar ibu jari
– 3 kotak kecil santan
– Udang
– Kubis
– Lobak merah
– Kacang panjang
– Fucuk
– Suhun
– Garam, gula & serbuk perasa
Sambal Bilis:
– 3 biji bawang merah
– Segenggam cili keriang yang telah direbus
– 3 ulas bawang putih
– 2 biji lada merah
– Sedikit belacan
– Air
– Sedikit air asam jawa
– Garam, gula & serbuk perasa
– Ikan bilis
Nak makan bubur pulut hitam tak perlu tunggu jamuan atau kenduri lagi. Boleh buat sendiri sahaja dekat rumah. Boleh buat banyak dan jamu seisi keluarga. Nak bagi dekat jiran tetangga pun boleh.
Bubur pulut hitam ni sedap dimakan sejuk. Lagi- lagi dengan cuaca panas yang melanda negara kita ni. Nak makan hangat- hangat pun boleh. Ikut selera masing- masing. Senang sahaja penyediaan bubur ni kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Cuma bahagian nak rebus beras pulut hitam tu akan mengambil masa yang agak lama.
Jom lihat resepi mudah bubur pulut hitam yang dikongsikan. Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Facebook Galeri Resepi.
RESEPI BUBUR PULUT HITAM
Bahan- bahan: – 1 ½ cawan pulut hitam – 6 cawan air, untuk merebus pulut – ½ biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair) – 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul – ¾ cawan gula putih – ½ ketul gula melaka – Garam secukup rasa – 1 sudu besar tepung jagung
Cara- cara: Cara memasak bubur pulut hitam: 1. Rebus pulut hitam dengan air dan air daun pandan sehingga lembut. 2. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. 3. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. 4. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. 5. Masak sehingga mendidih. 6. Kemudian, masukkan pula 1 cawan santan pekat. 7. Boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Cara memasak kuah santan: 1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. 2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. 3. Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
Tips: rendam pulut semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3- 4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.
Mudah sahaja resipi yang dikongsikan. Kalau ikut langkah demi langkap yang dikongsikan mesti menjadi bubur pulut hitam korang. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!