Resipi Bihun Sup Tulang Utara Simple Dengan Sambal Merah, Rasa Lagi Power Teknik Tumis Darat!

Share

Selepas sakan beraya dengan rendang dan ketupat, juadah ringkas seperti bihun sup atau laksa sudah semestinya menjadi pilihan kita. Rasanya lebih ringkas dan enak dimakan bersama seluruh keluarga.

Resipi yang dikongsikan oleh Saiful Nasuha ini bukan bihun sup biasa tetapi bihun sup tulang utara dengan sambal padu yang pastinya buat anda makan bertambah. Lagi padu dengan teknik tumis darat yang pastinya buat kuah sup lebih power!


BIHUN SUP TULANG

Bahan-bahan:
Tulang lembu 1/2 kilo
Bawang merah 4 biji*
Bawang putih empat ulas*
Halia 1/2 inch*
Lada hitam 1sdk ditumbuk
Serai 2 batang diketuk
Lengkuas 1/2 inch diketuk
Rempah sup
4 sekawan
Daun sup daun bawang tabur
Garam & serbuk perasa

Tumis darat :
Bawang merah 4 biji dihiris halus

Sambal Merah:
2 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih -tumbuk
3 ulas bawang merah -tumbuk
1 sudu kecil pes asam jawa
1/2 ketul gula melaka
1 sudu kecil garam

Kisar bahan bertanda *

Rebus tulang bersama bahan kisar, serai, lengkuas, 4 sekawan sehingga empuk.

Apabila daging dah empuk, bancuhkan rempah sup & tuangkan.

Perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya.

Dalam kuali berasingan, gorengkan bawang merah & tuang ke dalam sup. Tutup periuk.

Taburkan daun sup & daun bawang.

Untuk sambalnya, tumis bahan tumbuk dan masukkan cili. Biarkan ditumis hingga pecah minyak dan tutup api.

Hidangkan bersama bihun (siap dicelur dengan kunyit) bersama kuah sup tulang. Siap!

Menarik: Resipi Bihun Sup Utara Sambal Merah, Air Tangan Superdaddy, Terlajak Padu Sedapnya

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM