Hujung minggu ini, pasti mama sudah pun menyediakan resipi istimewa untuk hidangan anak-anak dan suami. Apa kata ubah selera dengan menyediakan Bihun Sup Utara pula untuk keluarga ketika berbuka puasa.
Air tangan superdaddy, Khairul Abdullah ini mama wajib cuba. Sajiannya ringkas tapi padu. Paling sedap pastinya gabungan sambal merah yang pekat likat dan pasti buat anda makan bertambah. Padu!
Bihun Sup Utara wehhh. Entah tetiba teringin bihun sup. Terus aku singgah beli barang balik opis tadi. Ambik masa sejam juga nak siapkan semua ni. Kelam kabut masak lupa nak ambik gambar step by step. Sorry naaa.
Ini bihun sup utara, kami tak guna sambal kicap macam hampa, kami guna sambal merah. Nak buat dia pun senang yakmat. Nah resepi “Bihun Sup Utara Sambal Merah Tak Sama Macam Geng Joho Sambal Kicap” oleh Superdaddy Khairul Abdullah. Allahu panjang pulak nama dia.
Bahan-bahan untuk sup:
300-500gm daging bersama tulang.
1 ketul sup bunjut
2 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah ditumbuk
1. Masukkan semua sekali dalam pressure cooker kalau ada dan tambah air ikut banyak mana sup kita nak. Set timer dalam 35 minit dan tekan on.
Ads
2. Dah siap, masukkan garam dan gula jika perlu. Keluarkan isi daging dan potong kecil. Siap.
Bahan nak buat sambal merah:
2 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk
1 sudu kecil pes asam jawa atau boleh guna asam keping
½ ketul gula melaka atau gula merah
1 sudu kecil garam
1. Panaskan 5 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga harum dan masukkan cili kisar. Kacau sampai pecah minyak beberapa kali. Lagi lama lagi umpph.
2. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula dan garam. Kacau sebati dan siap.
Ads
Cara nak sediakan bihun 1. Didihkan air dan masukkan 1 sudu serbuk kunyit. Lepas tu masukkan bihun. Kaca sebati dalam seminit lebih terus angkat dan toskan.
2. Selepas toskan siram dengan air sejuk. Siap dan hidangkan.
Masukkan bihun, masukkan sup dan tambahkan bahan berikut di atasnya.
Ads
Potongan daging
Tauhu goreng dipotong kecil
Bawang goreng
Potongan daun sup
Potongan daun bawang
Lobak masin
Potongan limau
Siap. Tahun 80-90an dulu kat Loqstaq ada bihun sup kat tepi tangga Pekan Rabu. Semangkuk seringgit ke seringgit setengah kalau tak silap. Rindu betul aku kat bihun sup tu. Sedap yarobbi.
Yang kita buat ni hampir sama macam yang tu. Hampir tau, aku still tak dapat rasa yang sama. Tak tau depa boh apa, cari tak jumpa. Tapi yang ni pun dah cun sangat dah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihatkan perkongsian gambar sudah cukup membuatkan kita merasa terliur untuk mencuba. Resipi Siakap Tom Yam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad ini memang power.
Siakap tomyam yang disediakan cukup ringkas malah katanya rasanya cukup padu, sama seperti restoran Thai. Paling menarik, cara membuatnya cukup mudah. Simple tapi padu.
Encik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.”
Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur. Dah masak kena kemas pulak. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah.
Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar. Banyak lauk nanti tak habis pulak. Kalau korang nak try tom yam ikan, baca caption pada gambar ye.
Bahan utama:
Serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan
Lengkuas 1/2 inci -hiris
Bawang putih 4 ulas -hiris
1 akar ketumbar -ketuk
Masukkan air dan didihkan
Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pun ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.
Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili).
Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayur.
Nak pesan mommy jangan stress kalau berat anak tak naik macam kita harapkan. Cuba enjoy dan pelbagaikan menu anak-anak. Kalau mommy stress siapa nak masak untuk anak? Takkan jiran sebelah rumah pulak.
Kakak pernah hadap situation yang sama jadi memahami feeling kecewa tu. Nah tujuan kakak selit resipi nie semua utk bagi semangat balik dan for sure bagi ilham untuk mak-mak prepare menu untuk anak masing-masing. Jadi mommy jangan stress kita enjoy okay. Resipi ada di setiap gambar. Selamat menjadi supermommy semua.
NO SUGAR NO SALT BELOW 2 YEAR.
TOMYAM AYAM
CARA-CARA
– tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan tomato paste dan tumis sehingga garing.
– masukkan air, ayam, serai dan carrot. Masak sebentar.
– masukkan brocoli, celery dan tomato.
– akhir sekali masukkan daun ketumbar.
(boleh masukkan daun limau purut utk menambahkan lagi aroma wangi)
(boleh masukkan air limau sedikit jika umur anak 1 tahun ke atas)
TELUR DADAR
Telur dadar nie kawan dengan tomyam ayam. Baru la ngam!
KARI SALMON
CARA-CARA – tumis bawang dan daun kari dengan olive oil sehingga naik bau. – masukkan rempah kari (bancuh sedikit dengan air) sehingga garing. – masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
– masukkan ikan dan keledek. Siap!
SUP BAYAM
CARA-CARA -tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau. – masukkan air dan cbs.
– masukkan carrot dan masak sehingga agak lembut.
– masukkan enoki dan suhun.masak sebentar.
– akhir sekali masukkan bayam. Siap!
KURMA TELUR
CARA-CARA
– tumis bawang dan 4 sekawan dengan olive oil sehingga naik bau.
– masukkan rempah kurma (bancuh sedikit dgn air) sehingga garing.
– masukkan santan dan kentang.Masak hingga mendidih.
– masukkan telur dan reneh sehingga masak. Siap!
Penggemar daging pastinya tidak terkecuali mencuba resipi daging kunyit yang ringkas dan sedap rasanya. Pun begitu resipi yang satu ini bukan hanya ringkas bahkan lain dari yang lain.
Hanya tumbukkan kunyit dan bawang putih dan perasakan, cukup ringkas. Paling menarik pastinya tip yang dikongsikan untuk melembutkan daging. Nak tahu bagaimana caranya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad. Memang sedapnya lain macam!
Nasi bungkus lauk daging kunyit buat bekal encik suami hari ni. Kelmarin beli 1 paket daging di Mydin Mart (daging buffalo) la biasanya. Selepas subuh masuk dapur masak nasi dan potong daging. Sambal cuka ada dah.
Hiris pula timun kecik yang rangup tu. Harini caj dia RM7 sebab bubuh nasik dengan lauk banyak sampai takleh nak ikat getah.
Ini resepi simple daging goreng kunyit sis. Step seperti dalam gambar.
Bahan-bahan:
Daging
Bawang putih
Kunyit hidup
Cuka
Garam
Sos tiram
Tumbuk bawang putih 2 ulas dengan kunyit saiz ibu jari.
Campakkan semua dalam periuk bersama daging, sedikit garam dan air.
Nak bagi cepat empuk, sis masukkan beberapa titik cuka. Ini petua tau. Menjadi!
Rebus daging jangan sampai kering air. Kalau air tersalah banyak, buang je. Tak payah tunggu sampai kering. Rasakan dulu dagingnya masak ke tak. Tinggalkan sikit air kalau suka jenis basah, lepas tu baru masukkan minyak masak.
Oh ye kalau kurang kuning, masukkan serbuk kunyit lagi naik seri.
Last sekali korang masukkan sos tiram atau sos seafood, hirisan bawang besar dan cili. Siap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!