Kuih bingka ada pelbagai versi. Kuih bingka roti pandan antara sajian yang sangat sesuai sekali buat mereka yang gemarkan sajian manisan. Rasanya sangat sedap dan mudah disediakan. Memang jadi pencetus pembuka selera seisi rumah.
Roti yang hendak tamat tempoh jangan dibuang. Tak elok kita membazir. Mama boleh masak kuih bingka dengan menggunakan roti sebagai bahan utama. Bau haruman daun pandan menjadikan kuih bingka roti pandan begitu menyelerakan.
Kalau anda nak cuba buat kuih bingka roti pandan ini, ikutlah resipi seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini. Pasti menjadi!
RESIPI BINGKA ROTI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air dan tapis)
2 sudu makan mentega /marjerin
12 – 14 keping roti – potong kecil
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau
CARA MEMASAK:
2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit.
3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit.
4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang.
5. Bakar bingka roti pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Nak lagi sedap boleh makan dengan aiskrim.
Kredit resipi & foto: Zura Zul
Baca lagi artikel yang berkaitan di sini: Resipi Bingka Ubi, Lemak & Berkrim. Kalau Buat, Enjoy Makan Satu Family!
Bingka Pandan Lemak Manis. Wangi Daun Pandan Menambahkan Kesedapannya