
Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.
Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.
Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.
Bahan-bahan:
2 cwn mentega
1 sdb shortening
1 1/2 cwn gula kastor( nk manis lebihkan)
Esen vanila
2 cwn nestum diramas
1 cwn oat – panggang dan kisar
1/2 cwn serbuk badam
1/3 cwn bijan hitam *saya ganti chia seed + biji selasih
2 cwn cornflakes -diramas
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 sdb tepung beras
Sebatikan mentega, gula, esen vanila dan shortening. Kacau hingga kembang.
Kemudian masukkan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan ke dalam mentega tadi. Kacau lagi adunan.
Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
Terap dengan acuan, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah atau badam.
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (ikut oven masing-masing).
p/s: Adunan agak berderai sebab tambah cornflakes, tekan bagi padat. Cornflakes tak mesin halus ye sebab nak rasa rangup tu.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bubur Nasi Dengan Grilled Salmon Bagus Untuk Otak Anak & 9 Resipi Bubur Wajib Dicuba

Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi bubur bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mencari resepi tersebut.
Setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat teruja dan gembira melihat tumbesaran dan perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur. Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Bayi 6 bulan & makanan pejal
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal? Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.
Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan. Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Resepi-resepi bubur bayi 6 bulan
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda? Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
#1. Bubur nasi dengan susu ibu
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu? Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#2. Bubur nasi dengan ayam
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#3. Bubur nasi dengan daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Antara daging yang selalu digunakan adalah daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah dan daging lembu/kambing.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging lembu/kambing yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#4. Bubur nasi dengan kentang
Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
#5. Bubur nasi dengan brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Cuma, jangan mencampurkan brokoli ke dalam bubur dengan potongan yang terlalu besar.
Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
-Untuk brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#6. Bubur nasi dengan bayam
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
-Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya -30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#7. Bubur nasi dengan lobak merah
Ini pula merupakan resepi bubur nasi yang paling biasa kita ketahui dan temui. Bubur nasi dan lobak merah merupakan resepi bubur nasi enak dan berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Jika anda mahu, anda boleh mencampurkan sekali ayam, daging atau ikan bilis ke dalamnya
#8. Bubur nasi dengan ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Kisar ikan bilis sehingga hancur serta jangan lupa dibuang tulangnya
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#9. Bubur nasi dengan kekacang
Selain ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran lain, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan pelbagai jenis kacang seperti almond, pistachio, macademia, pekan, dan lain-lain.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Sementara menunggu bubur masak, anda boleh bakar kacang sehingga garing
-Kisar kekacang
-Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
#10. Bubur nasi dengan grilled salmon
Wah! Ini mungkin resepi bubur bayi yang paling mewah, bukan? Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Bersihkan salmon serta pastikan semua tulangnya dibuang.
-Panggangkan salmon sehingga masak
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
-Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ia ke dalam bubur
-Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bayam, kentang, dan sebagainya
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan. Berikut merupakan antara resepi-resepinya:
Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1⁄2 cawan sayur pilihan anda
-Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
-Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
-Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
-Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.
Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
-1 cawan air
Cara memasak:
-Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
-Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
-Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
-Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.
Sup stok ayam atau ikan bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
-800 g tulang ayam bahagian dada
-1 1⁄2 cawan ikan bilis
-4 cawan air
Cara memasak:
-Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
-Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ia selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asalnya.
-Tapis dan biarkan ia sejuk.
-Sup ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Demikian merupakan beberapa resepi bubur bayi 6 bulan dan beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba untuk beri si comel anda makan.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Layan Popcorn Karemel Buatan Sendiri, Memang Senang & Super Sedap!

Popcorn karamel yang sedap dan berlemak sememangnya cukup disukai oleh anak-anak kita. Mana tidaknya, rasa karemel yang manis, pekat dan padu buat popcorn terasa cukup sedap.
Namun tidak usah membelinya di kedai sebaliknya hasilkan sahaja sendiri di rumah untuk anak. Begini caranya, seperti yang dikongsikan oleh Pn Imanja Zaida.
Jom kita buat popcorn. Lagi sedap dari kedai.
Bahan-bahan:
Jagung -toskan
Butter
1 sudu minyak masak
Jagung dibasuh bersih dan toskan.
Panaskan butter / magerin + 1 sudu minyak masak.
Bila cair masukkan jagung dan tutup supaya bertih jagung tidak keluar dan api sederhana supaya tidak hangus.
Tarraa kan dah jadi tu.
Panaskan gula yang macam kita nk buat caremel tu.
Bila dah perang masukkan sedikit butter/magerin dan kacau sekejap.
Masukkan bertih jagung dan gaul rata.
Taraaa…dah siap. Boleh makan-makan sambil tengok tv.
Sedap bercaremel sangat.
Artikel berkaitan: Resipi Sosej Homemade Air Tangan Ibu Lagi Selamat & Sedap
Tak Payah Buat Doh Pakai Roti Paratha Je, Sediakan Homemade Pizza Sarapan Mudah & Pantas
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sosej Untuk Baby, Boleh Buat English Breakfast. Pasti Anak Suka!

Nak bagi anak makan sosej tapi risau akan bahan yang digunakan. Jangan risau, para ibu boleh buat sendiri sosej sihat untuk diberikan kepada anak. Tak susah pon nak buat.
Sosej baby boleh dijadikan sarapan ala-ala English, tambah dengan telur hancur goreng. Ataupun boleh juga dijadikan sebagai minum petang untuk baby. Jom lihat resepi sosej baby yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shafiza Hana di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI SOSEJ BABY
Nak kongsikan resepi untuk sosej mummy- mummy buat sosej bagi baby..
Boleh buat English breakfast tambah telur hancur goreng atau buat minum petang untuk baby..

Bahan- bahan:
Bahan basah
– 4- 5 ketul dada ayam
– 2 biji bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 2- 3 biji telur
– Sayur terpulang nak letak apa, saya pilih lobak merah, saderi, daun bawang nak sedap lagi tambah jagung
– Sedikit air
Bahan kering
– 4 sudu tepung jagung*
– ½ sudu lada sulah*
– 1 sudu chicken powder*
– 1 sudu serbuk bilis*
– ½ serbuk lada hitam*
Bahan bertanda * saya gaulkan sekali dalam mangkuk.

Cara- cara:
1. Kisarkan semua bahan basah.
2. Tuang dalam mangkuk satukan dengan bahan- bahan kering, gaul sampai sebati.
3. Saya gunakan plastik ais krim untuk buat sosej. Kalau nak guna daun pisang lagi bagus ya. Tapi PKP ni kita guna mana ada dekat rumah je. Nak mudah isi dalam plastik ais krim.
4. Masukkan adunan dalam pipping bag so nanti tekan ja masuk plastik ais krim.
5. Ikat dan susun dalam periuk pengukus.
6. Kukus dalam 5- 10 minit sahaja… agak- agak dah masak tutup api keluarkan terus dari periuk pengukus ya.
7. Nanti sejuk buangkan dari plastik, simpan dalam bekas plastik… so nak makan nanti just goreng or grill sahaja…
Baca Juga:
Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang!
Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan
Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Boleh buat banyak- banyak dan simpan stok untuk anak- anak makan bila mereka nak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI