Resipi Biskut Gunting Tepung Bestari Sedap! Paling Mudah & Boleh Buat Kudap-Kudapan Petang

Share

Bila duduk rumah, anak-anak mula lah mencari kudap-kudapan. Antara kudapan yang paling mudah nak disediakan sendiri adalah biskut gunting tepung bestari. Sekali buat dapat satu balang besar. Rugi tak cuba!

Resipi Biskut Gunting Tepung Bestari😍

Bahan-bahannya:

1 1\2 cwn tepung gandum
1cwn tepung ayam jenama bestari perisa spicy (biar rasa pedas-pedas sikit baru sedap)
1 biji telur
4 sudu mentega
3 sudu besar serbuk kari(jenama apa-apa pun boleh)
Daun sup@daun kari
Jintan manis sedikit
Sedikit garam

kalau tak jadi doh, letak la air sedikit ye, sehingga menjadi doh yang tak lekat ditangan..

Cara Membuatnya:

Masukkan semua bahan diatas, lepas tu masukkan garam secukup rasa, dengan daun sup yang telah dihiris halus.

Gaul sampai menjadi doh dan tak lekat ditangan. Lepas tu gulung memanjang dan gunting menyerong macam dalam gambar tu.

Last sekali boleh la digoreng dengan api sederhana besar, sampai kekuningan. Siap… bancuhan tu dapat balang tinggi tu. Kalau nak buat banyak boleh gandakan adunan bahan ye.

Kredit: kepada Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa