Biskut Mazola adalah salah satu biskut yang popular bukan sahaja pada hari perayaan malah ada dijual sebagai kudap-kudapan. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah! Jom ikuti resipi yang dikongsi.
Resepi Biskut Mazola
Bahan-bahan:
Tepung gandum 1 kilo
Kacang tanah 300g
Gula 2 gelas
Minyak mazola / Minyak jagung 2 cawan (Tak kisah brand apa)
Soda bikarbonat 1 sudu besar
Kuning telur + pewarna kuning
Ads
Cara-caranya:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak, tunggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur
2. Blend kering gula
3. Sekalikan tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.
4. Masuk minyak mazola dan gaul sampai jadi doh.
5. Tekap dengan acuan ( yang ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.
6. Masuk oven bakar suhu 170°C msa lebih kurang 10 minit atau ikut jenis oven masing-masing.
Nak buat somtam mangga tak susah mana pun. Bahan yang diperlukan pula hanya lima sahaja. Kalau ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat somtam mangga.
Boleh cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Ameera ini. Somtam mangga antara menu pelengkap yang menjadi pembuka selera di samping lauk pauk yang lain.
Somtam Mangga Guna Lima Bahan
RESIPI SOMTAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil)
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
Sos Thail (secukupnya)
Rasa Masam, Manis, Anak Mesti Suka
CARA MEMBUAT:
1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.
2. Masukkan udang kecil.
3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.
4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.
6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Bila berdepan dengan masalah anak yang tidak suka makan, mama mulalah rasa runsing. Namun mama berdepan hal yang sama bila anak terlalu suka makan, hinggakan tidak ada idea untuk bekalkan anak dengan makanan. Kalau asyik membeli makanan di luar, sudahlah lari bajet, kandungan bahannya juga tidak diketahui samada baik atau tidak buat anak kita.
Jalan paling mudah dan tidak memeningkan kepala adalah menyediakan sendiri kudap-kudapan untuk anak. Buat lebih sedikit supaya dapatlah anak makan puas-puas setiap hari. Biskut viral 3 bahan ini antara yang disarankan buat mama. Punyalah senang nak membuatnya malahan bahan pun tak susah. Susu tepung anak, tepung dan butter, dah siap!
Tiga ibu-ibu ini telahpun menyiapkan biskut buat bayi-bayi mereka. Sedap!
First time buat biskut untuk Afeeya kudap-kudap petang ni. Resepi yang mudah dan pakai kuantiti bahan yang sedikit je. Nanti kalau tak menjadi tak rasa rugi. Tapi alhamdulillah menjadi jugak. Sedappp cair di mulut. Feeling macam makan biskut makmur gitu. Rasa lemak-lemak manis susu. So Yummy!
Caranya:
1. Masukkan 3 sudu better ke dalam bekas. Pastikan tiada ketulan atau beku ya. Defrost sepenuhnya. Lembut sendiri, bukan dicairkan atas api atau teknik double boiled.
2. Masukkan susu tepung pula dan kacau-kacau dua bahan ini sampai betul-betul sebati. Kacau dengan tangan je. Susu yang saya guna ni memang manis berlemak.
3. Kemudian barulah masukkan tepung jagung dan uli-uli sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan doh mengikut citarasa mommy-mommy. Letakkan topping jika perlu.
5. Bakar dengan suhu 150 selama 20 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
6. Boleh di bakar versi dapur gas jika tiada oven. Saya bakar selama 30 minit.
Ibu ni, Ayuni Sukhi juga tidak ketinggalan mencuba biskut gebu lagi cair dalam mulut ni.
Sebab Aqil asfa tak berhenti mengunyah sekarang dah ada 6 batang gigi, ibu buat balik biskut untuk kudap kudap. Masa raya buat biskut kurma cheese, kalini ibu try buat biskut 3 bahan harap Aqil Asfa suka. Shift malam ibu malam ni buat biskut time dia tidur, kalau tak dia jadi assistant tak bertauliah la.
Olahan ibu yang satu ini nampak menarik, Noor Aini Mohd Nazir menambahkan kurma dalam resipinya. Bukan hanya anak suka, mak mentua pun turut suka katanya. Wow.
Saya baru dapat siapkan biskut untuk Muhammad. Bukan sekadar anak saya je makan mak mertua saya pun makan. Dia minta saya buat biskut tanpa gula so saya gantikan dengan kurma. Resepi ni memang gebu dan cair di mulut.
Tercari-cari menu untuk sajian keluarga. Tak payah pening kepala, ikan siakap kukus stim limau antara menu mudah sedia. Tak sampai 20 minit siap tersedia untuk keluarga.
Resipi ringkas dan campak-campak perkongsian Pn Zafirah Zawawi ini antara paling ringkas. Campak akar ketumbar untuk bangkitkan rasanya. Lagi sedap!
Selamat menjamu selera semua. Hari ni kita masak Ikan Stim Limau bahan yang simple tapi rasa sebijik kat kedai Thai. Memang menambah nasi la jawabnya. Siapa suka ikan stim limau ni, silakan masak.
Bahan-bahan:
Ikan siakap
Bawang putih cincang/potong dadu
Halia hiris
Serai 1 btg untuk hiris & 2 btg untuk letak dalam ikan
Cili padi merah & hijau
Asam Limau
Daun ketumbar -akarnya jangan buang, rebus sekali dengan ikan
Garam @ sos ikan untuk perasa
Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir cuci dengan asam limau@lemon. Letak 1 kiub pati ayam di seluruh ikan da serai di celah ikan.
Rebus pakai kuali jer. Letak la akar daun ketumbar@daun ketumbar sekali. Rebus dalam 10 minit.
Kita letak bahan-bahan yang kita sedia tadi sehingga masak. Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pun boleh. Cili padi saya letak last sekali takut pedas sangat.
Nak dapatkan produk anak sambil cuci-cuci mata, jom ke Mom’s House.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.