Saban hari ternanti-nantikan resipi yang dikongsikan oleh cikgu popular di media sosial ini, Azlina Ina. Terbaru, resipi paling meletop lagi kreatif disediakan olehnya khusus untuk raya tahun ini.
Paling menarik, bukan hanya bahan utama iaitu ovaltine, bahkan gabungan kepingan coklat Beryls buat suapan ke mulut terasa cukup bermakna. Ini resipi yang dikongsikan olehnya.
Bahan-bahan:
1 cawan buttercup atau majerin ( mana yg suke dan ade rezeki lebih nak guna pure butter silekan)
1/2 cawan gula halus( kalau xkuat manis kurg kan)
1 biji telur
1/4 cawan minyak masak biasa
1/2 cawan ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan almond nips -dibakar kejap
1 cawan coklat chip
1 cawan coin milk beryls
Kacau buttercup dan gula halus hingga sebati.
Masuk sebiji telur dan minyak masak. Kacau lagi sampai sebati. Halah senangnya la. Macam main masak-masak je.
Masukkan ovaltine, penting bahan ni. Kacau lagi.
Kemudian masukkan susu tepung dan tepung jagung. Kacau lagi sampai adunan sebati.
Akhir sekali baru masukkan campuran tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
Ok dah siap adun tambahkan almond nips yang dah dibakar kejap. Lepas tu satu cawan coklat chip. Kacau-kacau rata.
Mana suka kriuk-kriuk coklat boleh tambah coin milk beryls ya. Gaulkan rata.
Begini rupa dia. Memang lembek, jangan tambah tepung.
Masuk piping beg, nak cubit-cubit pun boleh.
Ok loyang sapu majerin ek, lepas tu susun cookies korang jangan rapat sangat nanti dia kembang. Bakar suhu 170-180 masa 20 minit atau bergantung oven korang lah ya.
Done. Mana yang ada coklat coin tu dia gelap sikit. Tekstur cookies ni waktu dia panas or suam dia chewwy nanti dah sejuk dia rangup. Jadi nak makan masa mana pilih.
Siap!
Resipi wajib cuba: Buat 3 Jenis Cookies Ala Famous Amos. Guna Bancuhan Sama Je, Jimat Masa & Mudah, Biskut Pun Sedap
4 Bahan Superb Bergabung Patutlah Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Ni Sedap Kebabom
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI