Biarpun rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri, usahlah bersedih. Ia pengorbanan untuk kebaikan kita semua. Namun begitu, kita masih boleh beraya dengan meriah seperti biasa. Buat persediaan yang sama seperti selalu, cuma kali ni di rumah sendiri.

Salah satu yang membuatkan hari raya penuh bermakna adalah biskut raya yang pelbagai jenis. Para ibu boleh meluangkan sedikit masa untuk membuatnya sendiri dan carilah resipi mudah untuk dicuba. Salah satunya adalah resipi biskut kulit jering atau juga dikenali sebagai biskut pasir seperti yang dikongsikan oleh Syuhaila Mustapha ini.

Resipi Lain: [Cheese Cake 3 Bahan, Gebu & Melting. Buat Pun Senang Sangat!]

Ads

Resipi Biskut Pasir, Rasa Lemak & Cair Dalam Mulut. Serius Sedap!

RESIPI BISKUT KULIT KERING

Ada lagi ke yang masih duk buat biskut raya.. saya masih lagi sambung buat.. dari semalam ke hari ni duk panaskan oven😍😍

Pertama kali buat biskut kulit jering atau biskut pasir ni..berkali kali nak buatnya.. acuan beli dari tahun lepas lagi.. hihi… Biskut legend.. sape tahu?? Sedap sgt biskut ni.

Ads
BAHAN-BAHAN:

1 cwn majerin
1 cwan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1/2sudu teh air rose putih/esen rose
2 1/2cwn gndum (ikt respi asl 3 cwn gndum..tp biskut jadi keras sikit)
Van houten koko atau mana2 serbuk koko
2 biji tlur itik direbus dan ambil kuningnya sahaja..(nak guna telor ayam pun boleh) dilenyek.

Resipi Lain: [Coklat Cadbury Gantikan Coklat Masakan, Biskut BAdam Ni Lagi Sedap & Awesome]

Ads
CARA MEMBUAT:
  1. Kacau gula n marjerin (guna senduk je) Lps nampak sebati n gula hncur skit masukkan esen vanila air rose..lps tu masukkan tlur itik n kacau sampai sebati tlur n gula hncur.
  2. Lps tu bolh la masukkan gandum uli sampai doh lembut x lekat kat tangan dan senang utk diterap.
  3. Bahagi dua doh. Satu bahagian masukkan serbuk koko. Satu bahagian warna asal.
  4. Ambil satu bahagian koko, buat kan panjang dan satu bahagian ori, buatkan panjang.
  5. Gabungkan dua tu. Lepas tu masukkan dalam acuan macam kat gambar tu. Tekan n potong dengan pisau tebal mana kita nak.

Resipi Biskut Pasir, Rasa Lemak & Cair Dalam Mulut. Serius Sedap!

6. Bakar 170c selama 15 minit atau bergantung pada suhu masing2.

Resipi Biskut Pasir, Rasa Lemak & Cair Dalam Mulut. Serius Sedap!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI