Biarpun sarat dengan beraneka biskut moden dan baru namun biskut ‘legend’ seperti samperik klasik ini tidak pernah dilupakan. Senantiasa dicari-cari ketika kita berkunjung ke rumah saudara-mara.
Jika terfikir untuk mencubanya untuk raya tahun ini, resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad ini mama wajib cuba untuk anak-anak. Paling ringkas dan sedap!
Hari ni Ariana nak share resepi Biskut semperit klasik. Biskut semperit ni macam-macam versi ada. Setiap orang caranya berbeza. Ni paling simple.
Resepi Biskut Semperit Klasik
2 biji kuning telur
200g mentega
80g @ 3/4 cawan gula icing
220g @ 2 cawan tepung gandum
75g @ 3/4 cawan tepung jagung
75g @ 3/4 cawan tepung kastard
1sk esen vanila
Buah Ceri – hiasan
Mula-mula masukkan telur kuning, mentega, esen vanila dan gula icing. Gaul bagi sebati je.
Gaul bagi sebati macam ni je. Jangan pukul bagi kembang pulak.
Lepas tu masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Gaul guna senduk kayu je. Lepas tu sambung gaul guna tangan supaya sebati.
Adunan tak lembik dan tak keras.
Sapu loyang@ bekas dengan mentega dulu supaya biskut tak melekat. Buah ceri ni potong kecik-kecik. Nak guna 1 warna pun boleh.
Acuan semperit banyak jenis, boleh guna je yang mana-mana. Tebal atau nipis semperit bergantung berapa lama kita tekan adunan.
Lepas tu letak ceri atas semperit.
Sebelum bakar panaskan dulu oven Dalam 5-10 minit. Bakar dengan suhu 150°c selama 15-20 minit. Setiap oven berbeza. Tak masak boleh tambah suhu@tempoh masa membakar.
Ok dah siap bakar. Tolak macam tu ke biskut, tak melekat pun.
Biarkan sejuk dulu barulah susun dalam bekas tertutup. Biskut ni cair dalam mulut dan tak manis sangat. Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Patutlah Sampai 25k Share Samperit Susu 3 Bahan Cukup Manis Dan Sedap
Sedapnya Samperit Matahari Ni, Mudah Nak Sedia, Confirm Sedap
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)