Resipi brokoli celup tepung, anak-anak yang tak suka makan sayur gerenti ‘jatuh cinta.’ Anak tak suka makan sayur? Sudah puas dipujuk dan telah pelbagai cara dibuat supaya anak-anak makan sayur namun hasilnya gagal.
Apa kata cuba buatkan Brokoli Celup Tepungseperti yang dikongsikan resipinya oleh Ezzatyy Suffian. Senang sahaja hendak buat dan yang penting ‘confirm’ sedap.
2. Tabur/renjis air garam (kalau untuk anak kecil, skip langkah yang satu ini)
Ads
3. Tabur tepung beras dan tepung rangup.
4. Kacau rata sampai semua brokoli bersalut tepung.
5. Masukkan pula satu sudu tepung gandum. Ia bagi menjadikan brokoli rasa lembut selepas digoreng. Kacau lagi bagi rata.
Ads
6. Panaskan kuali. Guna api besar untuk elak dari makan minyak. Goreng brokoli sampai warna tepung jadi perang. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili ataupun sos kewpie.
Selepas anak menerima suapan bubur kosong 3 hingga 5 hari, selang selikan pula dengan puri kepada anak. Puri membantu anak kekalkan seleranya dan menambah minatnya lagi setiap kali waktu makan.
Apabila memperkenalkan makanan baru, mulakan dengan satu bahan sahaja selama 3 hingga 5 hari berturut-turut. Ini bagi melihat jika bayi anda mempunyai sebarang alahan terhadap makanan tertentu.
Empat resipi di bawah ini boleh mama cuba kerana banyak khasiatnya pada anak-anak kita. Lobak merah, labu, bayam dan sebagainya sememangnya cukup baik buat anak-anak kita. Tinggi khasiatnya. Jom semak bagaimana cara puri anak dihasilkan agar tak hilang khasiatnya.
PURI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
50gram lobak merah |dikupas dan potong kecil
100ml air susu ibu
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah sehingga empuk.
2. Selepas sejuk, kisar dalam mesin pengisar.
3. Tambahkan air susu ibu dan kacau rata. Jika masih pekat, boleh tambahkan sedikit air rebusan lobak merah.
Info: Puri lobak merah menghasilkan rasa yang manis secara semulajadi. Untuk kesan yang lebih sedap, pilih lobak merah yang masih muda dan bersaiz kecil.
PURI LABU
BAHAN-BAHAN:
1 potong labu | dikupas dan potong kecil
100ml susu ibu/ secawan air
CARA MEMASAK:
1. Kukus atau rebus labu dengan 1 cawan air sehingga lembut lebih kurang 20 hingga 30 minit.
2. Masukkan labu yang direbus tadi ke dalam pengisar bersama susu ibu atau air.
3. Kisar halus sehingga mendapat puri yang lembut.
Info: Khasiat yang terdapat di dalam labu membantu mempercepatkan proses pertumbuhan badan bayi dan merangsang kecerdasan otak si kecil.
PURI BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
5 kuntum brokoli
100 ml susu ibu/ secawan air
CARA MEMASAK:
1. Rendam brokoli dalam air sejuk.
2. Bersihkan dan kukus sehingga lembut.
3. Kisar dengan susu ibu atau air masak sehingga halus.
Info: Brokoli dikatakan sebagai sayuran yang paling kaya dengan zat antioksidan.
PURI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN:
50gm oat
1 biji kentang| dikupas dan potong kecil
1 tangkai bayam| dicuci dan mayang
50gm udang| dibuang kulit
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus kentang sehingga empuk.
2. Setelah kentang empuk, masukkan pula udang dan bayam. Kacau dan masak lagi.
3. Masukkan oat ke dalam pengisar bersama renehan tadi dan kisar sehingga halus.
5. Hidangkan kepada bayi apabila sejuk. Tambahkan air jika perlu.
Info: Udang boleh digantikan dengan sumber protein lain seperti ayam atau pun ikan. Jika tidak mahu merebus, tumis bahan mentah dengan sedikit minyak sehingga empuk.
Panduan mengatur jadual makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun:
Untuk bayi 6 bulan
Susu ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi. Bubur nasi– 1 kali untuk 3-5 hari pertama. 2 kali pada minggu berikutnya, kemudian tingkatkan sehingga 3 kali. Kemudian, secara beransur-ansur, tambahkan bahan lain seperti sup stok ayam, kuning telur, puri sayuran ke dalamnya. Puri buah atau/dan snek yang berupa biskit bayi yang dilenyek bersama susu ibu – 1 kali.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lapan bulan berkahwin, pelakon Harris Annuar kini bakal bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Harris menerusi laman Instagramnya.
Dikhabarkan kandungan isteri Harris kini sudah pun memasuki fasa trimester ketiga dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk bergelar bapa.
“Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan.
“Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya.
Berkongsi kisah kehamilan isterinya itu di awal trimester, kongsi Haris isterinya turut mengalami mabuk atau alahan ketika di awal kehamilannya.
Tambah Harris lagi, isteri kesayangannya itu pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka dan menikmati asam pedas sepanjang kehamilannya.
Kongsi Harris lagi, dia sebolehnya cuba untuk merealisasikan hasrat isterinya itu.
Bercerita kisah kejutan yang dilakukan isterinya, dia menyangka isterinya itu positif Covid-19.
“Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, petang itu saya pergi joging. Bila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.
“Mula-mula saya ingat dia positif COVID-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” kongsinya.
Memilih hospital pakar terbaik untuk rawatan wanita dan kanak-kanak adalah langkah penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan sepanjang proses rawatan. Hospital yang memiliki pasukan...