Ibu-ibu boleh membuat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat. Paling penting sudah tentu bersih dan halal. Bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.
Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.
Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah & Berkhasiat
Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.
Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!
Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.
Ads
Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit
Bahan-bahan:
1 cawan unbleached flour
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar olive oil
Air secukupnya
Ads
Cara membuat:
1. Gaul semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
Ads
3. Canai nipis dan terap menggunakan acuan pilihan.
4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.
Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untuk si manja.
Bagi peminat mee celup Thai pasti tekak tu dah teringin untuk menikmatinya. Namun sekarang tak boleh nak keluar macam sebelum ini. Jadi apa kata cuba buat sendiri ikut resipi Ben Safwan.
Inilah resepi mee celup Ben Safwan antara paling lengkap. Sila ikut tips penyediaan bahan yang sama supaya akak dapat rasa kenikmatan mee celup di level sebenar. Jangan rushing. Ambil masa sediakan bahan rencah dulu.
Dah siap bahan rencah baru buat mee celup meggi celup nasi air ni. Kalau nak buat separuh bahan je, tak sedap bagi tekak Ben dan Ben rela tak buat selagi tak siap semua. Tolong beritahu terima kasih sebab penat Ben menaip Panjang ni.heee
10 bahan rencah yang bawa rasa mee celup ke peringkat lain
1) Resepi Minyak Cili Serai Halia Bawang putih
4 batang serai
Potong pendek, masuk food chopper dan ketepikan
2 labu bawang putih
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
5 cm halia muda
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
½ genggam cili padi
½ genggam cili besar
Potong, masuk food chopper dan ketepikan
Guna 2 cawan minyak masak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja .Angkat bila garing. Simpan semua bahan termasuk minyak ke dalam bekas kaca.Minyak tu tunggu suam .Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.
2) Resepi Air lada
Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan setengah cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka, Biarkan 1 malam di luar dan seminggu dalam peti baru sedap makan.
3) Resepi Lada Solok Jeruk
Potong lah lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.
Lps tu rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan.
Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. Faham kan ?
Lps tu tos bersih buang rasa kapur tu. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih,tutup api.
Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lps tu cpt2 buang air dia dan alirkan air paip.
Masukkan dalam bekas bersih.
Panaskan 4,5 cawan air dengan 2 cawan cuka ,5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam . Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.
Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkn sejuk.
Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman.
Dah boleh makan dah lada jeruk
Guna lada solok kalau nak bertambah sedap
4) Kacang tanah
Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus
5) Serbuk cili thai
Beli di sopi guna keyword ni. Pilih yang halus lagi sedap
6) Serbuk lada putih
Beli di mana-mana ikut akak
7) Ikan bilis rangup
Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Confirm garing sedap. Takde Af, goreng manual
8) Bawang goreng asli
Ben beli yang 15 inggit sebotol. Yang homemade. Sedappp sangat. Yang tak de tepung berkilo melekat pada bawang
9) Garam
10) Gula Halus
Bahan Resepi Kuah Mee Celup
• 4-5 liter air
• Ayam/perut muda/perut tebal/tulang rusuk/daging
• 1 serai diketuk
• 3 ulas bawang putih ketuk
• 2 batang akar ketumbar ketuk
• 1 cm halia ketuk
• 2 cm lengkuas ketuk
• 1 kayu manis
• 1 sup bunjut
• 1 cengkih
• 2 sudu makan kicap pekat Jalen
Masukkan dalam periuk,ketuk semua yang mana perlu lepas tu masukkan dalam periuk.Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging,air ayam tu bagi sedap.Tak perlu perasakan dengan garam gula. Itu di proses nak makan dah.
Cara buat bubur nasi :
1 cawan beras
6-7 cawan air
Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur. Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana akak suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sodap
Meggi, mee,mihun celur je macam biasa
Sayur :
Gunakan kangkong,taugeh,daun ketumbar dan asam limau nipis. Bukan limau kasturi
Kangkung dan taugeh tu rendam je dalam air panas. Tak perlu rebus.
Cara Gabung :
Letak mee,meggi,mihun,nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam,perut muda,daging or apa-apa lauk akak suka. Tambah pula sayur semua.Letak kuah secukupnya.
Baru letak 1 ½ sudu the gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-skit.
Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambahhhhhh
Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup.
Masa menulis ni pun Ben boleh bayang satu-satu dan menitik air liur. Jadi silakan buat dan jangan lupa ucapkan terima kasih dan follow Ben Safwan jika nak resepi kampung yang ummmphhhhh.
#bensafwanresepi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menikmati puding karemel yang lembut dan gebu terasa cukup nikmat. Lebih nikmat lagi kala digabungkan bersama kek marble yang cukup manis rasanya. Gabungan yang cukup lengkap.
Bosan dengan gabungan karemel dan kek coklat, kali ini kita cuba kek apam marble pula. Resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini memang cukup mantap. Nak buatnya pun tidaklah sesukar mana. Senang!
Betul-betul dalam dilema kalau anak tak suka makan sayur. Hingga akhirnya ibu pun jadi buntu dan malas nak paksa.
Bagi ibu yang masih nak tarik minat anak makan saya jangan putus asa mencuba. Walaupun tak banyak anak makan, sekurang-kurangnya dia rasa juga kan.
Jom try cara paling mudah iaitu brokoli celup tepung yang dikongsikan Puan Ezzaty Sufian pada anak-anaknya yang sebelum ini tak suka makan sayur sekarang dah boleh makan.
Rangup kat luar, lembut di dalam. CONFIRM anak suka dan ketagih nak makan. Sebab kan, brokoli ini rupa-rupanya rasanya manis gitu.
Kalau selama ini nak makan brokoli celup tepung kena naik Cameron Highlands. Sekarang tak perlu dah. Tiap-tiap hari boleh buat sendiri kat rumah.
Bukan brokoli je tau boleh buat cara ni. Kita boleh buat guna baby corn atau cauliflower juga. Untuk anak-anak bagi ratah macam tu je. Untuk kita ibu ayah, kalau ada kewpie sos lagilah melayan makannya. Nyummmmm.
4 bahan je yang kita perlu. Brokoli, tepung beras, tepung rangup dengan satu sudu tepung gandum. Kalau untuk orang dewasa, boleh tambah serbuk paprika untuk pedas dan juga air garam.Basuh bersih lepastu potong comel-comel dan nipis-nipisTambahkan sesudu besar tepung gandum. Kacau lagi semuanya.Dah ready nak digoreng. Jangan direbus pulak tau. Nanti bubur jadinya.Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan brokoli. Guna api besar je terus sebab nak elak dari makan minyak cucurnya tu. Cuma kan, jangan tinggal kita punya brokoli. Nak mengenang nasib pun tak sempat. Takut rentung brokoli kita. Dalam 3-4 minit je dalam kuali. Bila brokoli dah tukar warna perang, kita dah boleh angkat dan toskanBrokoli rangup dah ready nak kena ngappp.
Ezzaty Suffian
Rugi tau tak cuba bagi anak makan brokoli. Sebab brokoli salah satu SUPERFOOD yang banyak sangat khasiat untuk anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.