Siapa kata anda tak boleh buat sendiri potato chip di rumah. Ada resepi mudah yang lebih jimat dan berkhasiat untuk si manja.
Kanak-kanak memang suka makan jajan potato chip. Tapi ia tak berkhasiat dan tidak bagus untuk pemakanan si kecil kerana mengandungi bahan-bahan perisa dan pengawet.
Untuk elakkan si kecil mengamuk bila di kedai sebab tak dapat beli jajan potato chip, ibu buatlah sendiri potato chip di rumah. Lebih jimat, sedap dan berkhasiat sebab tahu apa bahan yang diletak.
RESEPI KENTANG GORENG KRUP KRAP.
Bahan-bahan:-
3 Biji kentang
2 Sudu makan cuka
500 ml air
Sedikit perencah kari/black pepper/serbuk cili dan sebagainya
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
1. Hiris kentang nipis-nipis gunakan pisau buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api biar selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut. Toskan dulu baru goreng.
4. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana besar ye. Bila nampak dah kekuningan boleh la angkat.
5. Pastu boleh la tabur perencah kari atau lain-lain perencah ikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba
Sumber: HuDa Seman via Masak Apa Hari Ni