Bubur nasi dengan sup mungkin sudah terbiasa untuk anak-anak. Namun bubur ringkas, ala chinese style ini memang sedap dan ringkas. Paling disarankan untuk anak-anak ketika demam.
Bila demam, tekak akan jadi sakit untuk menelan makanan yang keras. Sekali sekala tukar selera dengan hidangan ringkas ini, cukup buat anak rasa selesa. Jom cuba resipi perkongsian Chuya Shams ini.
BUBUR AYAM CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
Beras atau nasi (Dalam 1 pot besar)
Isi ayam
Halia 2 ibu jari
Carrot sebatang
Sesame oil
Lada sulah
Garam
Serbuk perasa
Bawang putih
Kisar nasi untuk hancurkan nasi tu. Masak nasi macam biasa. Masak dengan air yang banyak sampai jadi bubur. Masukkan isi ayam atau ayam cincang ramli.
Ads
Kemudian masukkan halia yang dipotong halus.
Seterusnya masukkan carrot yang dipotong dadu. Kacau rata semua bahan.
Bila dah hampir masak, boleh masukkan sedikit sesame oil dan lada sulah. Kalau budak nak makan, kurangkan lada sulah. Boleh tambah lada sulah kemudian dalam mangkuk jika suka lada sulah.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Ads
Tutup api dan siap.
Hidangkan bersama garnishing goreng garlic sama ada hancur atau slice.
Cara goreng garlic supaya cantik macam dalam gambar tu, panaskan minyak, masukkan garlic bila minyak dah panas. Kacau selalu.
Bukan setakat jamuan anak ke sekolah bahkan menu ringkas seperti spageti buttermilk chicken popcorn paling mudah disediakan untuk anak ke sekolah. Macam mana nak buat?
Resipi ringkas perkongsian Hurun’lin Malik ini mak-mak kena cuba. Simple tapi sedap.
Sekolah kebangsaan dah setel, kena pikir menu jamuan sekolah agama pula kan. Nah Ain buat menu ni senang siap dalam 1 jam je.
Pukul 6 pagi start masak, pukul 7 dah siap-siap pack, anak dah boleh bawa ke sekolah. Alhamdulillah.
Spageti buttermilk chicken popcorn
Bahan-Bahan:
1 paket spageti
1 tin susu cair
10 ulas bawang putih
Cili padi (ikut kepedasan)
Daun kari
5 sudu besar butter
6 sudu besar tepung gandum
Air masak
Popcorn chicken (goreng guna airfryer)
1. Rebus spageti hingga lembut.
2. Tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga kekuningan jadikan roux (pemekat).
4. Masukkan 1 tin susu cair.
5. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
6. Perasakan dengan garam. Boleh dihidang bersama spageti yang direbus tadi then baru taburkan chicken popcorn di atas supaya tak lembik.
Pening fikirkan kek hari jadi untuk anak sebab perlu pilih yang bebas gluten? Tenang, kami ada resepi kek hari jadi kanak-kanak yang boleh anda cuba di rumah.
Tetapi sebelum itu, ayuh kita fahami serba sedikit mengenai masalah intoleransi gluten yang dikenali sebagai penyakit seliak.
Kenapa perlu cari resepi kek hari jadi kanak-kanak bebas gluten?
Situasi anak yang tidak boleh mengambil makanan bergluten ini dikenali sebagai penyakit seliak – keadaan autoimun menyebabkan kerosakan teruk pada villi, unjuran seperti jari pada yang melapisi usus kecil.
Gluten adalah protein yang terdapat dalam makanan seperti gandum, rai, barli dan bijirin lain – pencetus kepada simptom penyakit seliak.
Bagi individu yang mengalami penyakit ini, tubuh mereka tidak dapat menyerap nutrien penting daripada makanan dan menghantarnya ke dalam aliran darah.
Pening fikirkan kek hari jadi untuk anak sebab perlu pilih yang bebas gluten? Tenang, kami ada resepi kek hari jadi kanak-kanak yang boleh anda cuba di rumah.
Tetapi sebelum itu, ayuh kita fahami serba sedikit mengenai masalah intoleransi gluten yang dikenali sebagai penyakit seliak.
Villi yang rosak tidak akan dapat menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar. Jika keadaan tersebut berlaku, mereka akan mengalami kekurangan zat makanan.
Simptom & gejala penyakit seliak
Pelbagai gejala boleh terjadi kepada anak yang mengalami penyakit seliak ini. Bayi mungkin tidak menambah berat dan panjang seperti sepatutnya – dipanggil kegagalan untuk berkembang.
Kanak-kanak lebih tua pula boleh berdepan masalah:
Cirit-birit
Sembelit
Najis berwarna pucat dan berbau busuk
Sakit perut dan kembung
Kehilangan berat
Keletihan
Sakit kepala
Ruam kulit yang menyakitkan – biasanya pada remaja dan dewasa, terutamanya sekitar siku dan lutut
Kek coklat tanpa gluten, resepi kek hari jadi kanak-kanak
Kek coklat bebas gluten yang mudah ini sangat ringkas dan mempunyai tekstur sempurna.
Bahan-bahan untuk resepi kek hari jadi kanak-kanak
Untuk kek:
320gram (g) gula pasir
285g adunan tepung bebas gluten serba guna
65g serbuk koko tanpa gula
6g serbuk penaik bebas gluten
8g baking soda
6g gram
2 biji telur – suhu bilik
260ml cawan susu atau susu tanpa tenusu
110ml minyak sayuran
4ml ekstrak vanila bebas gluten
150ml air mendidih untuk mengaktifkan koko
Untuk aising:
115g mentega atau mentega tanpa tenusu
4ml ekstrak vanila bebas gluten
50g serbuk koko tanpa gula
450g gula serbuk
40-60ml susu atau susu tanpa tenusu
Cara penyediaannya:
Panaskan ketuhar hingga 180°C. Letakkan rak di tengah ketuhar. Griskan dua loyang kek bulat 8 inci; ketepikan.
Dalam mangkuk adunan yang besar, pukulkan gula, tepung, koko, serbuk penaik, soda penaik dan garam sehingga sekata dan tiada gumpalan.
Masukkan telur, susu, minyak dan vanila. Pukul dengan pengadun pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
Kacau dalam air mendidih – kaedah double boiler.
Tuang adunan secara rata ke dalam loyang kek. Bakar selama 35 hingga 38 minit, atau sehingga pencungkil gigi yang dimasukkan di tengah keluar bersih.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk dalam loyang selama 5 minit, kemudian keluarkan kek dan biarkan sejuk di atas redai.
Untuk aising: Dalam mangkuk adunan sederhana, pukul mentega dan vanila sehingga licin dan berkrim. Masukkan serbuk koko dan pukul sehingga sebati. Masukkan gula serbuk sedikit demi sedikit. Masukkan susu secara perlahan-lahan. Jika perlu, anda boleh tambahkan susu untuk mendapatkan konsistensi diingini.
Aisingkan kek.
Anda boleh tambahkan buah-buahan segar untuk menjadikan kek lebih menarik.
Selamat mencuba resepi kek hari jadi kanak-kanak ini!
Kadang-kadang bila nak minum petang, kita mahukan menu yang ringkas tetapi mengenyangkan. Biasanya sandwic menjadi pilihan tetapi dah bosan pula gunakan roti putih biasa untuk buat sandwic.
Pilihan lain adalah menggunakan croissant, rasanya lebih ringan dan tidak muak. Sedap pula tu! Kalau anda masih tercari-cari menu yang mudah untuk disediakan, bolehlah buat cuba resipi Tuna Croissant ni.
Modal berbaloi, lebih jimat dari beli di kafe. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira ini;
Tuna croissant sandwich ranggup berongga sedap makan ketika panas mahupun sejuk cara #dapurpolis Buat sendiri puas hati inti tu padat boleh rasa dri hujung ke hujung.
Bahan-bahan:
1 bungkus roti croissant dipotong 2
Hirisan timun Jepun
Hirisan tomato
Salad romaine
Capsicum dicincang (kalau suka pedas guna cili padi)
Bahan inti tuna:
1 tin tuna mayonis
1 tin tuna cilli
3-4 sudu besar mayones
4 keping keju Cheesedale
Cara-cara:
1. Roti croissant dipotong dibahagian tengah tanpa putus.
2. Dalam mangkuk ,masukkan tuna, mayones, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
3. Sudukan tuna yang telah dibancuh ditengah roti ,letakkan keju atasnya dan bakar selama 2 minit tekan menu air fryer dengan suhu 200c.
Inti untuk sandwic croissant ini boleh dipelbagaikan. Tak semestinya menggunakan tuna saja. Untuk lebih sesuai dengan selera anak bolehlah digantikan inti telur. Mahu lebih berat gantikan dengan isi ayam panggang. Selamat mencuba!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...