Resipi Bubur Ayam Sedap Ala Mc D, Guna 5 Bahan Je! Hidangan Seisi Keluarga! Anak Makan Bertambah-tambah!

Share

Makanan seperti bubur memang digemari oleh anak-anak terutamanya yang masih kecil. Tambah pula bubur yang macam jual dekat restoran makanan segera seperti Mcdonald’s. Ada kalanya bila nak beli bubur tu sold out.

Jadi kalau nak makan seisi keluarga apa kata buat sendiri di rumah. Boleh juga mama tambah dengan hidangan lauk sampingan lain untuk memeriahkan lagi hidangan. Resipi yang cukup ringkas ni adalah perkongsian daripada Puan Siti Hasnah AR melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Cukup senang dan mudah untuk dibuat, tak payah lagi beli kat kedai, dapat jimat dan boleh makan sepuasnya.

Resepi Bubur Ayam Ala Mc D

harini masak bubur ayam ala mcd.. mudah je..
korang follow cara kat gambar utk korang faham ye.. jgn tenung peyok hakak tu lama2.. kang hakak malu .. maklum la..

Bahan-bahan:
Stok ayam
Halia
Minyak bijan
Beras
Ayam yang dipotong dadu

Cara-cara:
1. Watak utama.. stok ayam, halia & minyak bijan

2. Dua genggam beras basuh bersih dan rebus smpai kembang, pastu buang air rebusan pertama tu.. ganti dgn air baru angaran 3 cawan

3. dah ganti air baru, masukan 3 sudu besar stok ayam dan halia.. rebus lagi smpai nasi kita hancur dan memekat..

4. ini periuk lain dah rebus siap isi ayam.

5. time nak mkn boleh la taruk ayam di rebus tadi dgn sikit supnya.. serta sikit minyak bijan..
sekian…

6. ni dah siap utk d mkn, letak sikit minyak bijan. kalau ada daun bWang daun sup bawang goreng.. lagi best..

Sumber: Siti Hasnah AR

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah