Bubur sumsum antara menu hidangan yang sesuai untuk disajikan pada bayi anda yang berumur tujuh bulan ke atas. Ketika dalam usia ini, mama sudah boleh berikan pelbagai jenis makanan untuk bayi cuba.
Bayi mama pun sudah tentu teruja hendak cuba variasi makananan yan sudah tentu dapat memancing selera untuk makan. Supaya bubur sumsum jadi lebih menarik dan enak dinikmati boleh letakkan buah-buahan segar di atasnya. Jom cuba resepi mudah yang dikongsi ini.
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung beras
2 cawan susu penuh krim (full cream)
1 cawan air
Cara membuat:
1. Masuk semua bahan dalam periuk, kacau sikit baru buka api dapur.
2. Masak sampai kepekatan yang mama suka.
3. Pastikan sentiasa kacau ya untuk elak berketul.
4. Tutup api. Siap sudah bubur sumsum.
Simpan di dalam bekas plastik. Boleh dapat tujuh bekas saiz ini. Selepas itu barulah kisar buah naga atau apa-apa sahaja buah yang disukai. Kisar tabpa air. Memang sedap sangat. Mesti anak suka!
Kredit: Aimi Uyu