Resipi Bubur Telur Simple, Khasiat Tinggi, Lagi Selera Anak Makan!

Share

Bosan dengan ikan dan ayam, apa kata ibu pelbagaikan pula dengan telur dalam bubur nasi anak. Pun begitu pastikan telur dimasak sepenuhnya untuk elakkan kuman solmonella yang berbahaya pada telur jika tidak dimasak dengan baik.

Nak cuba resipi ringkas dan sedap ini? Jom cuba resipi perkongsian Sharida Sahak ini. Sedap!


BUBUR TELUR SIMPLE

Bahan-bahan :
Beras
Telur
Lobak
Brokoli

Masukkan beras dalam periuk, rebus dengan sukatan air yang sesuai.

Hampir separuh masak masukkan sayur lobak & brokoli.

Pecahkan sebiji telur, tunggu hingga keras dan leraikan dengan sudu/senduk. Pastikan telur masak sepenuhnya.

Tutup api dan sejukkan. Sedia dihidang kepada si manja.

Nota tambahan :
* Saya guna beras sumo frozen (beras biasa pom boleh) untuk nasi cepat masak & lembut.
* Sayur masukkan lambat sebab nak kekalkan zat gizi pada sayur.
* Telur masak sepenuhnya untuk elakkan solmonella.
* Sayur potong halus-halus supaya mudah si manja hadam
* Sila basuh mulut anak once siap makan ya kalau tak sedikit bau hanyir.

Anak tak menolak even first time try. Satu mangkuk licin tak percaya dah habis makan maksud nya sedap la kan. Cuba la ibu-ibu menu mudah nie lagi menyelerakan.

Menarik: Mommy Daddy Bangga, Ayda Jebat Ajar Anak Sebut Allah, Cutenya Ana Nayla

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM