Burger Prosperity dari restoran makanan segera terkenal McDonald yang dijual ketika musim perayaan Tahun Baru Cina mungkin istimewa rasanya. Namun bagi yang mempunyai anak ramai, pastinya tidak cukup membeli hanya beberapa keping burger.
Tidak perlu menunggu musimnya, apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah. Baru puas anak makan. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Rusidawati Ab Rahman ini mama wajib cuba. Memang terbaik!
Tengah hari ni tak masak nasi, makan prosperity burger je. Beli kat McD tak puas makan, kita buat sendiri. Makan laaa puas-puas.
Bahan-bahan untuk sos:
Bawang besar 1/2 potong dadu
Tepung gandum 2 sudu
Air 1 gelas
Lada hitam serbuk+tumbuk
Butter 2 sb
Sos tiram 2 sb
Kicap manis 1 sb
Garam secukup rasa
Panaskan butter dan masukkan tepung gandum, kacau sampai jadi perang.
Selepas tu masukkan air 1 gelas dan kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap dan garam.
Masak sampai pekat mana yang korang nak. Dah masak, blend sekejap untuk hancurkan bawang yang ada dalam sos.
Celupkan daging yang dah goreng tadi, letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.
Siap!
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Resipi Sandwich Daging Burger, Lagi Sedap Olah Semula, Rasa Lagi Power
Resepi Mini Burger Untuk Anak, Sedap Macam Kat Kedai, 7 Langkah Je Anak Makan Gerenti Tak Cukup Satu
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)