Bagi mama yang mahu menambah berat badan anak, apa kata mama sediakan Burntcheese Cake versi baby ini buat si comel anda. Sudahlah bahannya ringkas, hendak membuatnya pun cukup mudah.
Paling penting tidak ada penambahan gula di dalamnya. Jom cuba resipi perkongsian Ummu Harraz Aqeel ini.
Burntcheese cake versi baby. Mak-mak yang tengah pening cari dessert untuk minum petang baby atau breakfast boleh try yang ni. Cukup senang guna blender je. Paling penting boleh naik kan berat baby jugak.
Mula-mula sediakan loyang 5″, lenserkan butter then lapik baking paper. Ronyok-ronyokkan sedikit untuk dapatkan corak yang cantik ikut kreativiti mak lah ye.
Bahan-bahan:
100gm cream cheese tatura
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum unbleached
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit perahan lemon
1/4 susu full cream
Masukkan semua dalam blender dan blend sampai sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang beralaskan baking paper tadi.
Bakar 30 minit dengan suhu 180 c, ikut oven masing-masinglah ye.
Selamat mencuba!
Menarik: Cantiknya Serba Pink, Ain Edruce Raikan Puteri Sulung, Majlis Aqiqah Serba Sederhana
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI