Sebenarnya nak buat cakoi sangat mudah, lebih mudah dari nak buat donut. Bahan-bahannya pun antara bahan yang mudah didapati dan ada di dapur rumah kita. Bagi yang nak mencuba boleh ikuti resipi ini.

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Resepi Cakoi Lembut dan Mudah🥖😋

Resipi Cakoi Lembut & Mudah, Uli Lama Untuk Dapatkan Hasil Kuih Yang Lembut

Bahan-bahan cakoi:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

Ads

Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.

Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua. Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

Nota :

  • Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  • Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
  • Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.

💚Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)💚

Bahan kuah pandan untuk cakoi :-

Ads

1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)

Cara-caranya:

Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.

Resipi Cakoi Lembut & Mudah, Uli Lama Untuk Dapatkan Hasil Kuih Yang Lembut

Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!

Ads

Kredit: Syahirah Chesszif

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Resipi Cakoi Lembut & Mudah, Uli Lama Untuk Dapatkan Hasil Kuih Yang Lembut

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Resipi Cakoi Lembut & Mudah, Uli Lama Untuk Dapatkan Hasil Kuih Yang Lembut

https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI