Salah satu hidangan yang popular di belah pantai timur adalah makanan laut yang dicelup tepung. Tak sedar dah makan banyak! Biasanya kalau pergi bercuti di Terengganu atau Kelantan, pasti tak terlepas untuk cari warung-warung yang menjualnya. Antara hidangan yang diminati adalah ikan celup tepung.
Bagi anda yang mahu membuat sendiri hidangan ini, bolehlah cuba resipi dari Afy AL Habibi ini. Resipi bancuhan tepungnya tidak menggunakan air kapur. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup beserta serdaknya?
Resipi Lain: [Resipi Laksa Ala-Ala Aeon. Paling Mudah Nak Buat, Simple!]
Ikuti perkongsian resipi ini:
Resepi Ikan Celup Tepung
Betul kan ada yang nak tahu rahsia ikan celup tepung cikgu dengan ‘habuk’ atau serdak yang rangup dan menjadi elok?
Jenis celup-celup tepung begini popularlah menu dekat Kelantan. Taknak makan dengan nasi, boleh ratah makan dengan pencicah. Menu tepi pantai namanya.
Meh cikgu nak cerita resepi kali ini dengan lebih lanjut.
Sebenarnya cikgu guna resepi yang sama dengan buat pisang goreng hari tu. Masih lagi tak guna air kapur.
Cuma teknik masak kali ini lain. Kena baca betul-betul. Lagi sekali cikgu sudi pecahkan tips baru di sini kongsi dengan semua cikgu lepas berjaya buat hari tu.
Haa tak sayang lagi tak tahulah.
Walaupun hanya satu teknik sahaja cikgu ubah, rupa ikan celup tepung terus nampak sedap.
Lagi-lagi ada sotong dan udang buat goreng celup tepung juga begini.
Jom baca resepi berguna cikgu di bawah:
(Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang)
1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas:
– 7 sudu besar tepung beras
– 1/3 sudu kecil garam
– 1/3 sudu kecil serbuk kunyit
– 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja
– 1/2 cawan kecil air sejuk
2. Kacau rata semua bahan tadi.
Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
(Rujuk gambar)
3. Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik:
– Guna minyak yang banyak
– Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)
– Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya.
4. Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung.
Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali.
5. Hasilnya memang sangat menarik.
‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.
6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.
*Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.*
7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan pengepit.
Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.
Resipi Lain: [Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit!]
Haaa dah baca sampai habis kan.
Bagilah cikgu komen membina.
Tanda suka resepi cikgu.
Semoga bermanfaat buat semua.
#resepicikguafy
#tipscikguafy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI