Resipi Char Kue Tiaw Kuah Padu, Pekat & Likat, Masak 3 Minit Je Dah Siap, Sedapnya!

Share

Hidangan sepinggan Char Kue Tiaw sememangnya tidak pernah mengecewakan kita. Apa lagi kala dimakan ketika waktu panas, boleh habis sepinggan besar.

Bosan makan nasi, apa kata kita cuba hidangkan char kue tiaw sedap yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ini pula untuk anak-anak. Pasti anak makan bertambah!


Nah resepi Char Kuey Teaw Air Tangan Kak Liza.

Bahan kuah :-
Udang anggaran 10 ke 15 ekor.
2 biji bawang besar saiz sederhana
7 ulas bawang putih.
4 sdb cili kering kisar.
1 1/2 cube pati ikan bilis.
10 sdb kicap biasa.
2 sdb sos tomato.
2 sdb sos tiram.
1 sbd petis udang.
2 sdb sos ikan.
2 sdb gula.
Sedikit garam jika perlu.

Bahan menggoreng:-
1 paket Kuey Teaw halus
Telur
Taugih
Kuchai

Antara bahannya. Masa ni saya terlupa nak letak botol sos ikan dan kicap. Blend bawang besar dan bawang putih. Simpan dulu, jangan guna lagi ye.

Saki baki bawang dalam blander boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.

Rebus udang ni dalam 5 ke 10 minit. Angkat udang yang dah direbus.

Udang yang dah direbus, asingkan bahagian kepala. Saya ambil 10 ekor kepala udang, blend bersama sedikit air rebusan tadi. Kemudian tapis untuk dapat pati udang sejati. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.

Cara masak kuahnya

Now, kita nak mula masak kuahnya. Panaskan minyak masak dan tumis bawang blender. Dah naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.

Masuk pula kicap biasa je anggaran 10 sudu besar ye. Kacau lagi. Letak pula 2 sudu besar sos tiram. Masuk lagi 2 sudu besar sos tomato. Kacau lagi dan lagi.

Dah pecah minyak elok tu, tuang je air rebusan udang. Dah tuang wajib kena kacau.

Letak 1 1/2 cuba pati ikan bilis. 2 sudu besar sos ikan jangan dilupa. Kemudian masuk pula 2 sudu besar gula dan sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masuk 1 1/2 susu besar petis udang. Benda ni bagi rasa lagi umphhhh.

Sejukkan dan simpan kuahnya.

Cara goreng char kue tiaw

Bahan nak goreng Char kuey teow dah ready, jom la menggoreng. Ingat ya, goreng ni duration time 3 minit je. Kena laju.

Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang dah rebus tadi. Laraskan api paling kuat. Simbah kuah char kuey teow 4 senduk saiz sederhana. Kat sini kena pandai adjust ikut saiz senduk.

Part ni, dapat rasa pengalaman menggoreng Char kuey teow seperti di kedai makan. Hati-hati bila api naik tinggi.

Masuk segenggam kuey teaw dan taugeh dan kucai.

Pecah sebiji telur dalam kuali, terus slowkan api tahan maksimum. Kacau telur kejap je. Tutup api terus.

Siap! Layan beb.

Selamat mencuba.

p/s: Anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Ada lebihan boleh simpan dalam peti sejuk. Bila teringin, terus masak je Char Keow Teaw.

Artikel berkaitan: Kuay Teow Sup Thailand, Aroma Daun Ketumbar, Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM