Sama seperti kita orang dewasa, anak juga mahukan makanan penuh rasa yang sedap dan enak untuk mereka. Pun begitu, kandungan gula dan garam sememangnya wajib dijaga ketika anak masih bayi. Elakkan penambahan dua bahan ini sebelum usia 2 tahun.
Apa kata untuk bayi comel, kita sediakan kek khas untuknya. Kek cheese dengan resipi olahan ini paling sesuai untuk menaikkan berat badan anak. Jom cuba resipi perkongsian Aimi Uyu ini.
CHESEE CAKE BABY 7 BULAN
Sesuai kalau nak tambah berat baby, dan nak naik kan selera baby. Resepi ni pun Uyu jumpa dan Uyu buat dan olah sendiri, boleh lah cuba untuk baby, teksture kek ni bukan macam kek, dia lembuh smooth sesuai untuk baby.
Bahan Bahan Chesee Cake baby 7 Bulan:
Cheese Tatura – setengah dari 250g
Tepung Gandum – 1 sudu sahaja
Telur – 1 biji
Blend semua bahan-bahan di atas.
Bubuh dalam bekas separuh dari bekas nak kukus.
Kukus sehingga kek tak melekat di lidi, dalam 10 minit boleh cek.
Nak tambah topping pun boleh, buat puree buah, buah mangga, buah labu, terpulang.
Macam Uyu buat topping cream cheese untuk anak yang lain, yang baby 7 bulan ni Uyu bagi cake ni sahaja, sebab buah dah habis.
Selamat mencuba!
Menarik: Dah Besar Tapi Ada Anak Tak Pandai Pakai Baju Sendiri, Jangan Paksa, Ajar Teknik Ni
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!