Wow! German Cookies. Walaupun namanya agak moden tetapi bagi mama yang nak cuba buat sebenarnya tak susah pun.
Biskut ni lebih kurang rasanya macam samperit susu juga menggunakan bahan yang mudah dan langkah membuatnya pun senang. Yang penting setiap kunyahan itu boleh buatkan ia cair di mulut dan ranggup.
Cuma mesti guna tepung kentang ya selain tepung gandum biasa. Modal tak mahal pun tapi bila dah siap bakar boleh dapat banyak keping.
Contoh tepung kentang. Boleh juga beli di kedai bakery yang dijual 500 gram
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising
Esen vanila (1 penutup vanila tu)
Garam secubit
*Terpulang kalau nak guna butter yang mahal mungkin lagi sedap dan wangi. Tapi kalau guna Buttercup pun lagi ok.
Maaf ye saya guna mangkuk ni.. Dia lebih sikit dari cawan…. Kalau guna cawan boleh juga cuma kalau lembik adunan tu tambh sikit-sikit tepung gandum.
Cara-caranya:
1. PUKUL / PUTAR BUTTER DAN GULA
Mula-mula putar butter dan gula aising. Saya putar guna mixer.
Kalau tak ada mixer, boleh juga pukul butter dan gula aising dalam mangkuk pengadun menggunakan senduk. Pukul hingga gebu dan ringan.
2. MASUKKAN TEPUNG
Seterusnya ayakkan tepung kentang dan tepung gandum.
Kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaulkan hingga mendapat doh yang lembut.
3. SIMPAN ADUNAN DALAM PETI SEJUK
Doh ni memang agak lembek ya. So kita simpan dalam peti sejuk kejap, lebih kurang 20 minit baru bentukkan nanti.
4. BENTUKKAN
Selepas 20 minit, keluarkan dari peti sejuk dan dohnya akan keras sikit.
Bolehlah kita buat saiz bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bulat tu jangan besar sangat, bagus sekali bite je.
Bagi yang pernah merasai ikan rebus goreng ini pastinya tidak dapat melupakan keenakkan rasanya yang masin dan manis dek gula melaka atau gula kabung yang digunakan. Ditambah pula dengan isi ikannya yang lembut tapi rangup diluarnya. Nasi sepinggan seakan tidak mencukupi.
Ubah selera pada tempoh PKP ini dengan menyajikan sajian ringkas buat suami dan anak-anak. Salah satu resipi yang boleh dicuba pastinya Ikan Rebus Goreng Kelantan vs Thailand ini. Sedap dan cukup mudah disediakan. Resipi yang dikongsikan oleh Vi Ibi Hj Ariffin ini paling mudah malah mendapat 16 ribu perkongsian di facebook. Terbaik!
Ikan rebus cara kelantan v/s thailand. Dia punya bau masa rebus tu memang tak boleh tahan. Goreng pun sedap, makan macam tu je pun sedap. Simpan dalam peti ais, nak makan panaskan je, bolehlah stok untuk 3 atau 4 hr ni.
Bahan-bahan:
15 ekor ikan
2 ketul nise kerek
6 batang serai
1 setengah sudu garam,
6 ulas bawang putih
Asam keping segenggam
15 helai daun limau purut
Masukkan ikan, nak letak cili pun boleh. Masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.
Rebus ikan sampai kuah sedikit kering. Tak perlu kering sangat.
Dah siap buka api kecik je setengah jam. Cuba rasa kuah tu, kalau masin atau manis sangat, tambah air panas. Ikan rebus ni makin lama simpan dalam peti makin sedap. Akak simpan sekali dengan periuk, nak makan, keluarkan dari peti, panaskan atas dapur senang.
Dah siap tadi, akak tambah air panas lagi 1 cawan, sebab kita orang suka makan kuah dia.
Ni yang dah digoreng, perlukan kesabaran, sebab dia meletup-letup sikit. Akak buka api slow tutup dengan tudung periuk.
Kalau malas nak goreng, makan macam tu je pun sedap.
Boleh layan macam macam ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rugi kiranya jika ada yang belum merasai keenakan rasa Puding Buah Kuah Kastard sebagai pilihan menu pencuci mulut yang begitu lazat dimakan sejuk. Kelembutan tekstur puding bersatu dengan buah yang segar menjadikan menu ini bukan sahaja mampu menawan selera orang dewasa malah kanak-kanak juga akan teruja untuk menikmatinya.
Sementelah jika ada yang ingin mencuba untuk menyediakan menu ini untuk keluarga, apa kata sediakan seperti resipi yang dikongsikan oleh Mr Ali. Pasti puas hati!
Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.
(Kuah Kastard)
2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam
Cara-Cara
Puding:
1.Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan
2.Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
3.Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti
Kuah Kastard:
1.Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api
2.Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
3.Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.