Resipi Chicken Rice Ball Tarikan Baru Buat Si Kecil Susah Makan Nasi. Hanya 30 Minit Siap!

Share

Sesetengah anak tengok nasi pun dah tak mahu. Apatah lagi nak makan kan? Disebabkan masalah ini ibu dah habis idea nak pujuk anak makan. Mungkin bagi anak yang tiada masalah memilih makan, ibu masak apa pun semua ok.

Selagi ibu boleh berkreatif dengan makanan, tak salah untuk cuba tarik minat anak. Mungkin awal-awal anak makan sikit je tapi lama-kelamaan dia mula minat dan sukakan menu yang berkhasiat baginya.

Apa kata kali ini ibu cuba resepi Chicken Rice Ball dari Puan Fazariana Mohd Ali bagi memberikan kepelbagaian dalam menu anak. Menggunakan bahan yang mudah dan boleh siap dalam masa 30 minit.

RESEPI CHICKEN RICE BALL

BAHAN-BAHAN

Daging ayam kisar

Bawang besar*

Bawang putih*

Lobak merah*

Halia -diparut

Lada hitam -ditumbuk

Garam

Beras

CARA-CARA

  1. Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
  2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.
  3. Kemudian golekkan di atas beras yang telah dicuci bersih.
  4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

SUMBER: Fazariana Mohd Ali

Published by
Wan Amy