Selalunya orang hanya buat cornflakes madu sahaja. Tapi pernah dengar cornflakes madu sambal tak? Cornflakes madu sambal sedap tau untuk dijadikan kudapan. Boleh makan dengan nasi putih juga. Rasa yang manis- manis pedas dan rangup, mesti jadi makanan kegemaran seisi keluarga.

Mudah sangat resipi yang dikongsikan tau. Para ibu boleh buat untuk jamu seisi keluarga. Hari minggu malas nak masak, boleh buat cornflakes madu sambal ni je. Tambah pula dengan telur dadar, mesti makan bertambah! Jom lihat resepi yang dikongsikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Isma Idayu di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.

RESEPI CORNFLAKES MADU SAMBAL

Resipi Cornflakes Madu Sambal, Boleh Jadikan Lauk Atau Kudapan. Boleh Ketagih Mengunyah Tau!
Sumber foto: Facebook Isma Idayu

Rutin mak- mak

Harini kita share resepi khas dari mak mentua kita… tak jumpa lagi dekat mana- mana ni… sebelum ni biasa time raya je mak mentua akan buat… sekarang kalau boleh hari- hari anak- anak minta suruh buatkan… memang sedap giler… boleh makan dengan nasi atau ratah je macam tu…

Ads

Resepi CORNFLAKES MADU SAMBAL

Bahan- bahan:
– Cili kering segenggam – rebus macam biasa (kemudian kisar dengan bawang putih dan bawang merah)
– Asam jawa
– Kacang tanah
– Ikan bilis
– Cornflakes madu (jangan guna cornflakes biasa… nanti tak jadi… kena cornflakes madu ya)

Cara- cara:
1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah.
2. Kemudian minyak yang sama masukkan cili yang dah dikisar.
3. Masukkan garam, gula melaka (ayu orang Kelantan jadi suka guna gula melaka sebab nanti warna sambal pekat dan cantik) dan asam jawa sedikit.
4. Dah Nampak pekat dan cantik sambalnya… tutup api kemudian masukkan ketiga- tiga bahan ikan bilis, kacang tanah dan akhir sekali semestinya cornflakes madu… kacau rata dan siap!

Ads

Senangkan… nanti cuba bagitahu ya sedap tak.

Baca Juga:

Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!

Ads

Bubur Pulut Hitam, Pencuci Mulut Sedap Hirup Sejuk- Sejuk. Boleh Jadi Penyejuk Badan!

Penyejuk Tekak Waktu Panas, Resipi Puding Koktel Sumi! Pasti Anak Dan Suami Suka.

Simple sahaja resipi yang dikongsikan. Nampak sedapkan! Para ibu bolehlah cuba buat untuk anak dan suami. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Resipi Cornflakes Madu Sambal, Boleh Jadikan Lauk Atau Kudapan. Boleh Ketagih Mengunyah Tau!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI