Sebut je cornflakes pasti akan terbayang ia sesuai untuk dinikmati bersama susu atau makan dengan madu. Kali ni ada kelainan sikit kerana anda boleh buat cornflakes pedas yang ranggup.
Hanya masak dulu sambal manisnya biar betul-betul pekat barulah digaul. Boleh dijadikan kudapan anak-anak yang suka mengunyah.
Resipi yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati ini boleh anda cuba dan betul-betul kena selera kerana cukup rasa manis, pedas dan ranggup.
Ada yang suka makan cornflakes pedas tak? Kalau yang belum pernah makan tu boleh try resepi ni, sedap!
Resepi Cornflakes Pedas Rangup
Bahan-bahan:
* 1 cawan cili kisar/serbuk cili
* 1/2 cawan gula perang (hakak kurangkan sikit)
* 5 tbsp madu
* sedikit garam (ikut selera masing-masing)
* 500gm cornflakes
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan masakkan cili kisar hingga betul-betul garing yer.
2. Masukkan gula perang, madu dan garam kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula cornflakes dan gaul rata.
4. Letakkan cornflakes tadi ke dalam dulang pembakar dan lerai-leraikannya supaya masak sekata bila dibakar.
5. Bakar selama 15-20 minit.
6. Bila dah sejuk nak letak kacang ke ikan bilis terpulang pada selera masing-masing.
7. Bolehlah di simpan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba. Moga perkongsian ini menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.
Kredit Resipi: Umie Nurhayati
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI