Kuih ketayap mungkin sudah biasa. Apa kata kali ini kita cuba ala-ala kuih ketayap pedas, iaitu Cucur Balak pula untuk anak-anak.
Hanya sebatikan adunan, kemudian dimasak seperti ketayap dan kemudiannya barulah digoreng hingga garing. Sedap makan dengan kuah kacang. Jom cuba!
Assalamualaikum. Hari nie sy nak share resepi cucuq balak.
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
Sedikit udang kering
Sebiji telur
3 sudu kecil minyak
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kucai
Satukan tepung, udang kering, telur, minyak, garam, serbuk kunyit dan blend kan.
Kemudian tapiskan bahan blend tadi.
Kemudian masukkan daun kucai yang dipotong pendek-pendek.
Panaskan kuali dan biarkan masak. Kemudian gulung seperti ketayap. Buat sampai habis adunan.
Panaskan minyak dan kemudian gorengkan. Dah agak perang boleh lah diangkat. Boleh makan dengan kuah kacang.
Selamat mencuba kawan-kawan!
Menarik: Sosej Nasi Bersayur, Menu Rare Untuk Anak Tak Makan Nasi, Kreatif
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Resipi: Hafsah Romli