Kadang-kadang menu yang paling mudah itulah yang buat kita berselera nak makan. Nak bersarapan kalau boleh tak mahu yang terlalu berat, pagi-pagi ni tak lalu sangat nak makan. Bagi penggemar cucur, anda patut cuba resipi ini.
Tidaklah terlalu sukar dan versi ini sangat sedap. Cucurnya nipis-nipis supaya kerangupan terasa. Ditambah pula dengan parutan kentang, menu ini sudah cukup mengenyangkan.
Baca Juga:
Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap!
Resipi One Pot Nasi Ayam Superdaddy, Mudah Nak Buat. Rasa Confirm Terangkat!
Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah. ‘Confirm’ Berebut Makan Satu Keluarga!
Suzana Othman menerusi laman Facebook, berkongsi resipi cucur bilis kentang ini;
RESIPI CUCUR BILIS KENTANG 🥔 🥔
Ya ampun. Rasa macam dah lama tak share resipi baru kan? Balik-balik share link resipi sedia ada je. Harini mood rajin sikit, ajomlah layan resipi yang simple ni. Walaupun korang dah terer masak, kita share jugaklah 🤭 Tengok gambar sambil baca info. Siapa tak baca jangan menyesal tak sudah 😂
Bahan-bahan:
1biji bawang besar
3ulas bawang putih
1genggam ikan bilis
*Kalau rajin tumbuk kasar semua bahan atas ni. Disebabkan kita malas, so kita kisar kasar aje.
2cawan tepung gandum
1½ cawan air panas
2biji kentang -sagat (kita guna kentang saiz besar, kalau saiz sederhana guna 3biji)
Daun bawang -hiris
Garam dan aji secukupnya
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan dalam bekas.
2. Adun hingga sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya, cucurkan adunan ke dalam kuali. Kita guna sudu sebab tak pandai guna tangan.
4. Cucur bilis kentang dah siap. Memang sengaja buat nipis-nipis supaya bahagian tepi tu rangup. Sedap makan panas-panas cicah sos. Kalau ada sambal ikan bilis nescaya bertambah lazat.
Resipi cucur ni ada macam-macam versi. Kalau sebelum ini cara anda buat cucur sedikit berbeza, mungkin boleh cuba resipi ini. Tidak susah dan pastinya akan menjadi rebutan suami dan anak-anak. Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI