Resipi Cucur Bulat Crabstick, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Sekali Hidang Terus habis!

Share

Sedap betul kalau dihidang cucur bersama air teh atau kopi panas waktu petang macam ni. Tambah pula cucur antara kegemaran anak-anak kecil. Rasanya yang rangup di luar dan lembut di dalam dicicah bersama sos kegemaran memang sangat sedap!

Jom mama cuba buat resipi cucur crabstick mudah ni!

Jom buat cucur bulat crabstick, rangup diluar lembut didalam.

CUCUR CRABSTICK

Bahan-bahan;

1 1/2 cawan tepung gandum cap sauh
1 1/4 cawan air panas mendidih
12 crabstick, hiris halus
Daun sup
Lada putih
Garam
Seasoning

Cara penyediaan;

  • Satukan kesemua bahan diatas kecuali air panas. Tolakkan sedikit tepung ditepi bekas, tuangkan air panas sedikit demi sedikit.
  • Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Setelah doh agak sejuk sedikit, sapukan tapak tangan dengan minyak.
  • Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Goreng dengan minyak yang panas api sederhana.
  • Hidangkan dengan sos kesukaan.

Kredit: @kualihelena

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Published by
NuFa