Resipi Daging Bakar Danok Padu! Rahsia Daging Cepat Lembut Perap Dengan Bahan Ni

Share

Bagi yang pertama kali mendengar tentang daging bakar danok, pasti anda tertanya-tanya bagaimana rasa daging tersebut kan?

Daging bakar danok yang berasal dari Thailand ni memang sangat famous, dicicah pula dengan sos pedas-pedas masam memang padu! Memandangkan sekarang memang tak boleh ke luar negara disebabkan wabak Covid-19, anda boleh cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsi dibawah.

Resipi Daging Bakar Danok

Bahan perapan daging:-

-Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
-1sk sos ikan
-2 sb Sos tiram
-2@3 sb Brown sugar
-Sekeping gula melaka
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos:-

-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras(sangaikan dulu dan tumbuk)
-1@2 ulas bawang putih
-1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing-masing)
-2 biji limau nipis
-1 sk brown sugar
-1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur campur air sikit)
-Chili flakes
-1 sk sos cili
-1 sk sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara-cara:-

-Tumbuk akar daun ketumbar dan bawang putih sampai lumat
-Masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai, perahan limau nipis
-Masukkan sos cili, sos tiram (saja tambah untuk pekatkan sos)
-Masukkan daun ketumbar yang dipotong
-Masukkan chili flakes (kalau suka pedas boleh tambah)
-Masukkan bawang besar yang dipotong tadi
~~kalau tawar jugak tambah la garam sikit ok

# Daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dalam 20 hingga 30 minit dan bergantung jugak pada tahap air yang keluar dari perapan masing-masing ye..bukak api slow
# Untuk daging cepat lembut bila nak masak..perap la semalaman & hiris halia keping-keping..perap sekali dengan daging

Kredit: Fb Diaz Yushazlina

Published by
NuFa