Resipi Daging Bawang Putih, Bangkit Selera Makan Waktu Iftar. Senang Je Nak Buat!

Share

Resipi emak-emak memang sedap. Biasanya agak renyah untuk dibuat, tapi berbaloi bila kita makan. Salah satu resipi yang menggunakan daging adalah Daging Bawang Putih. Tambah pula bulan puasa, memang sedap sungguh kalau makan lauk ni dengan nasi putih.

Resipi ini dikongsikan oleh Myra Chaqkey di laman Facebook via Masak Apa Hari Ni (MAHN). Sangat mudah dan boleh dibuat untuk anda bersahur nanti atau berbuka puasa esok.

Ikuti perkongsian resipi ini.

Dulu Arwah Mak selalu masak ni..
Sedap nasi bertambah2 lauk ni pun cukup.

Bahan pun mudah cepat & sedap

Daging Bawang Putih

pstt:- resepi dari arwah nenek asal bangkok

RESIPI DAGING BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:

1 labu bawang putih*
12 biji cili padi*
1 biji cili merah*
350gm daging
Minyak masak
Sedikit air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kisar bahan bertanda *

Baca Juga:

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Resipi Lauk Pantang Orang Dulu-Dulu, Ikan Masak Lemak Lada Hitam. Sedap Makan Dengan Nasi!

Resipi Sambal Cekur, Ibu Berpantang Selera Makan. Nak Buat Senang, Tak Sampai 10 Minit!

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumiskan semua bahan yang dikisar.


2. Masukkan daging ke dalam kuali.


3. Tambah air (untuk empukkan daging).


4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.


5. Biarkan sehingga airnya sedikit mengering. Siap!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H