Kalau di rumah ada daging segar dan lada hitam, bolehlah cuba buat resipi ini. Idea untuk bersahur pagi nanti, lauk begini boleh membangkit selera. Nak dibuat pun mudah dan tak perlukan masa yang lama. Bangun pagi-pagi terus sediakan, tak perlu dimasak dari malam.

Anak-anak pun boleh menikmati hidangan ini kerana rasanya tidaklah terlalu pedas seperti cili padi. Jangan susah hati, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin ini:

RESIPI DAGING BLACK PEPPER

Bila suami request daging black pepper, dgn senang hati kita masak. Salah satu menu wajib saya masak untuk berbuka puasa bila bulan Ramadhan sbb senang sgt buatnya 😘

Sbb sejenis saya kalau beli daging terus 2-3kg then mmg sesiap rebus half cooked then saya frozen. Bila nak guna tinggal masuk dlm kuali je 😁 mudah kan!

Ini Hasilnya. Menggiurkan!

Resipi Daging Black Pepper Paling Mudah. Bangkit Selera Waktu Bersahur Nanti!

Resipi Lain: [Cuba Dumpling Soup Homemade Di Rumah Dengan Kos RM9 Sahaja. Awesome!]

Sy bagi sekali resepi simple cara saya masak daging black pepper. Cara saya mudah je;

Ads

– Tumis bawang putih (ketuk) + halia (hiris).

– Masukkan sos black pepper (yg dlm botol tu) + sos tiram.

– Masukkan ground black pepper (lada hitam kisar).

– Masukkan daging (saya rebus dulu bg lembut sikit).

Ads

– Masukkan kicap. *optional ye..kalau tak suka takpe.

– Masukkan garam.

– Masukkan mushroom seasoning *optional juga..kalau takde takpe..nak ganti dgn serbuk pasti sedap pun boleh.

Ads
Resipi Daging Black Pepper Paling Mudah. Bangkit Selera Waktu Bersahur Nanti!
Contoh serbuk perasa cendawan yang boleh anda gunakan dalam masakan ini

Resipi Lain: [Cara Buat Ayam Panggang Ala ‘Kenny Rogers’. Simple Tapi Sedap!]

– Masukkan bawang holland dan bell pepper.

– Masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn air.

– Kacau2 dan siap!

*black pepper tu kalau boleh blend sendiri yg biji tu..blend kasar. Mmg sedap! Ataupun mcm saya mmg ada yg dah siap kisar kasar brand Pawada original dari Sarawak. Takde campuran apa2, mmg lada hitam semata 😘

https://www.youtube.com/watch?v=ne7yOx2wmyk&t=172s

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI