Menu simple seperti daging goreng kunyit sudah semestinya menjadi pilihan waktu berbuka atau bersahur. Bukan hanya mudah cara membuatnya bahkan rasanya yang sedap buat ia sentiasa jadi pilihan.
Pun begitu memasak daging goreng perlukan tipnya agar lebih lembut dan sedap. Perkongsian resipi Aisyah Humaira ini anda kena cuba.
Air tangan resipi ayahnya ini turut menambah halia yang ditumbuk. Ia dikatakan membantu menyedapkan lagi daging kunyit. Yang ni wajib cuba!
Daging goreng kunyit resipi ayah Zie. Dia suka yang garing tapi liat-liat lembut. Kalau ayah goreng daging mesti kami berebut kunyah meratah. Sedap! Sebab letak benda tu kot.
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging dihiris nipis
1 sudu kecil penuh serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat (ni rahsia daging lebih berperisa dan sedap)
Garam, maggi cukup rasa secukupnya
2-3 sudu besar air
1. Satukan semua bahan ni.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng hingga masak.
3. Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran ketika daging hampir masak seperti kacang panjang, cili padi atau lobak merah.
Selamat mencuba!
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI