Daging masak hitam biasanya kita akan jumpa ketika makan di kenduri. Rasanya yang sedikit manis dimakan pula dengan nasi panas memang membangkitkan selera. Bagi pertama kali ingin mencuba masak daging masak hitam boleh cuba resipi dibawah.
BAHAN-BAHAN:
– Daging
– Air rebusan daging
– Kicap
– Garam
– Gula
– Ajinamoto
– Perencah masakan
Bahan menumis A
– Kulit kayu manis (1-2 batang)
– Buah Pelaga (1-4 biji)
– Bunga Lawang (1-3 biji)
– Serai (2 batang diketuk)
– Daun Kari (ikut suka)
Bahan menumis B (Kisar)
– Bawang Putih (4 ulas)
– Bawang Besar (2 ulas)
– Halia (sebesar ibu jari)
– Serai (2 batang)
Bahan C (kisar)
– Cili Kering(agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak)
– Bawang Besar (2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
– Perencah Kari Daging (jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je)
CARA PENYEDIAAN:
-Blender bahan B di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.
-Bila bahan A dan B yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan C yang baru diblender tadi.
-Masak sampai pecah minyak.
-Sambil- sambil tu rebus daging. Air daging jangan dibuang ya.
-Dah pecah minyak masukkan air daging, daging dan kicap kipas udang atau kicap mudim.
-Akhir sekali masukkan garam, gula, ajinamoto dan perencah masakan mengikut citarasa anda.
-Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Najwatul Farhana Md Fazli