Masuk hari ke 21 kita berpuasa, bukan hanya sudah mula bosan makan nasi malah mood untuk memasak hidangan berbuka juga sudah semakin menurun. Semuanya dek kerana menu sama yang diulang-ulang saban hari.
Apa kata kita ubah selera Thai pula petang ini. Daging Merah Ala Thai ini tidak rugi untuk anda cuba kerana pastinya anda makan bertambah. Resipinya simple tetapi rasanya teramatlah padu. Jom cuba resipi perkongsian Pn Liza Idris ini.
Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahhim, maka “Daging Merah Ala Thai” terhasil dengan mudah dan nikmat.
Bahan-bahan:-
300grm daging
1 biji bawang holand
3 ulas bawang putih
4 biji cili api
1 batang serai
1 batang lobak merah
5 helai daun limau purut
2 biji tomato
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Daun sup atau daun ketumbar
Rebus dulu daging. Kalau orang Thai akan letak pewarna merah supaya bila masak nanti akan nampak kemerahan.
Dah siap rebus, ketepikan air rebusan dan potong nipis gini.
Ads
Panaskan minyak. Goreng daging dulu.
Angkat dan ketepikan.
Pakai minyak yang sama, tumis bawang putih yang dicincang halus sampai kekuningan. Masa menumis, baru buka tingkap. Sambil tu intai si Senah.
Ads
Masuk cili kisar. Kacau-kacau sampai cili masak.
Letak daging goreng tadi. Kacau-kacau lagi.
Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau dan kacau. Letak serai dan lobak merah.
Ads
Letak 3 senduk air rebusan. Kacau lagi dan masukkan cili padi dan juga daun limau purut.
Sos ikan jangan dilupa. Kacau-kacau sampai kuah pekat. Kalau kuah kering boleh tambah 1 senduk lagi air rebusan. Masukkan tomato.
Letak bawang holand. Tabur daun sup.
Sebenarnya daun ketumbar lebih sedap. Apakan daya, daun ketumbar dah kecut. Saya ganti dengan daun sup.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finger foods adalah makanan yang bersaiz kecil, senang untuk si manja anda gigit, dan makan. Memberi anak anda finger food boleh membantu mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mereka.
Walaupun comot, jangan risau. Biarkan anak anda merasai pengalaman penting secara praktikal ini. Kalau nak cuba resipi mudah buat finger food boleh ikuti perkongsian ini.
Baby Finger Food
Tapi ibu kan kalau bab bab membentuk nie tangan takdak seni. Guna acuan ja senang, dah nampak macam nugget kan. Separuh makan separuh lagi buat frozen.
Memang sedap hampa. Sementara anak nak bangkit tadi berapa ketoi dah ibu dok makan.
Resepi Baby Finger:
3 biji kentang
1/2 carrot
1 cawan tepung gandum (unbleach)
Cheese beqa (guna suku ja)
1 sudu unsalted butter.
Cara penyediaan:
Kukus atau rebus carrot dan kentang. Dah empuk blend halus dan mix semua sekali. Gaul-gaul, siapp.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sedapnya kalau minum petang atau tengah malam rasa lapar, dapat makan keropok lekor panas. Cicah pula dengan sos cili yang dibuat sendiri, memang nikmat! Selalunya kalau keropok lekor mesti diperbuat daripada ikan segar. Rupa-rupanya boleh dibuat daripada mi segera juga.
Farisha Sofea berkongsi resipi keropok lekor mi segera di laman Facebooknya.
💓 KEROPOK LEKOR MAGGI VIRAL 💓
Bahan Bahan :
Mi segera sedap / Indomie Tepung ubi Tepung gandum Telur Garam
Cara Cara :
Rebus maggi sampai kembang sekembang kembangnya si kumbang 😆
Kisar maggi termasuk perasa kecuali kriuk kriuk bawang. Jangan gatal nak kisar sekali ea 😒
Telur jangan lupa letak dan juga sedikit garam. Sedikit aja ya teman teman. Kalau banyak bisa darah tinggi lo 😆
Campurkan bahan kisar tadi dengan tepung ubi serta tepung gandum jangan memandai-mandai nak pakai tepung lain pulak 😄 haa kang jadi lain tak masal je.
Gaul sebati sampai menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Ulikan doh menjadi silinder dan rebus. Jadi silinder je ya jangan buat bentuk lain . toskan dan goreng laa apa lagi 😂
Siap untuk dimakan 😋 jangan makan sorang sorang pulak 😁
*Ni saya buat guna 2 paket mi segera. Anggaran tepung ubi dalam 13 – 15 sudu, anggaran tepung gandum dalam 8 – 10 sudu . *Semuanya bergantung kepada doh ya. Andai masih melekat, tambahkan lagi tepung.
Untuk para ibu yang mahu sediakan hidangan savuri pula untuk keluarga, dah bosan buat kuih dan kek bolehlah cuba resipi keropok lekor mi segera ni. Tidaklah susah mana untuk membuatnya tapi rasanya sedap. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nasi menjadi keutamaan semua dalam mempersiapkan bubur untuk bayi kita. Pun begitu bukan semua anak sukakan rasa nasi. Ada sesetengahnya yang lebih suka kepada puri berbanding nasi. Sesekali ibu cuba gantikan nasi dengan kentang seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria di facebooknya.
Sama seperti nasi, kentang juga mempunyai sumber nutrisi karborhidrat yang tinggi dan paling sesuai digantikan dalam bubur bayi. Bila anak bosan dengan nasi, cepat-cepat gantikan bubur ini. Jom cuba!
Masih menu dengan ikan merah untuk adik. Kali ni umi guna ubi kentang pula untuk ganti kan nasi untuk sumber karbohidrat.
Puree kentang kubis bunga dengan ikan grill.
Bahan-bahan:
Ikan merah
Bayam
Kubis bunga
Kentang
Bawang merah dan bawang putih
Unsalted butter
Grill ikan dengan sedikit unsalted butter dan mix herbs.
Gunakan kuali yang sama Saute bawang sehingga lembut dan perang. Sama jugak untuk bayam.
Steam kentang dan kubis bunga sehingga lembut. Blend kemudian masukkan bawang, bayam dan isi ikan tadi.
Campur dan blendkan semua. Tekstur makanan terpulang sama ada nak kasar atau halus. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.