Resipi Daging Merah Ala Thai, Goreng Garing Dengan Sos Padu, Confirm Nasi Bertambah!

Share

Masuk hari ke 21 kita berpuasa, bukan hanya sudah mula bosan makan nasi malah mood untuk memasak hidangan berbuka juga sudah semakin menurun. Semuanya dek kerana menu sama yang diulang-ulang saban hari.

Apa kata kita ubah selera Thai pula petang ini. Daging Merah Ala Thai ini tidak rugi untuk anda cuba kerana pastinya anda makan bertambah. Resipinya simple tetapi rasanya teramatlah padu. Jom cuba resipi perkongsian Pn Liza Idris ini.


Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahhim, maka “Daging Merah Ala Thai” terhasil dengan mudah dan nikmat.

Bahan-bahan:-
300grm daging
1 biji bawang holand
3 ulas bawang putih
4 biji cili api
1 batang serai
1 batang lobak merah
5 helai daun limau purut
2 biji tomato
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Daun sup atau daun ketumbar

Rebus dulu daging. Kalau orang Thai akan letak pewarna merah supaya bila masak nanti akan nampak kemerahan.

Dah siap rebus, ketepikan air rebusan dan potong nipis gini.

Panaskan minyak. Goreng daging dulu.

Angkat dan ketepikan.

Pakai minyak yang sama, tumis bawang putih yang dicincang halus sampai kekuningan. Masa menumis, baru buka tingkap. Sambil tu intai si Senah.

Masuk cili kisar. Kacau-kacau sampai cili masak.

Letak daging goreng tadi. Kacau-kacau lagi.

Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau dan kacau. Letak serai dan lobak merah.

Letak 3 senduk air rebusan. Kacau lagi dan masukkan cili padi dan juga daun limau purut.

Sos ikan jangan dilupa. Kacau-kacau sampai kuah pekat. Kalau kuah kering boleh tambah 1 senduk lagi air rebusan. Masukkan tomato.

Letak bawang holand. Tabur daun sup.

Sebenarnya daun ketumbar lebih sedap. Apakan daya, daun ketumbar dah kecut. Saya ganti dengan daun sup.

Siap!Moga bermanfaat.

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM