Resipi Dendeng Daging Mudah, Perap Kena Lama, Baru Sedap Menyengat!

Share

Selera kita berbeza-beza, ada yang suka makan dengan lauk berkuah, tak kurang juga yang cukup sukakan menu kering seperti sambal dan sebagainya. Resipi dendeng daging antara resipi lauk kering yang cukup sedap kala di makan bersama nasi panas. Tak cukup sepinggan, pasti bertambah.

Hendak menyediakan dendeng daging rupanya tidaklah sesukar mana, rahsia utamanya adalah perapan yang lama dan memasaknya tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Inilah yang dikongsikan oleh Rusfaniza Abu Yazid. Resipi air tangan untuk suami yang sukakan menu kering. Wajib cuba!


Jom belajaq buat dendeng daging. Semalam dah beli sekali hadap ja laki kami, dia suruh try buat.. sebab jenis suka makan kering-kering macam ni, setengah periuk jugak la nasi laki kami makan. Sedap sungguh latueww.

Bahan-bahan:
Bawang besar 1 biji
Halia 3 hiris
Bawang putih 4 ulas
Serai 2 batang ketuk
Bunga lawang/kulit kayu
Cili kisar
Kicap secukupnya

First rebus daging sampai empuk, potong nipis, lepas tu tumbuk.

Gaul daging dengan kicap manis (memang kena banyak naa). Perap 1 jam.

Lepas tu goreng, minyak banyak goreng sikit-sikit ja daging sampai hitam gelap macam ni.

Minyak goreng daging tadi masuk serai, bunga lawang, kulit kayu manis. Masukkan bahan-bahan bland, masak sampai garing. Dah garing masukkan cili kering bland ikut pedas cili tu, masuk gula 1 sudu dan garam sikit.

Masak sampai pecah minyak dan masukkan daging.

Kacau api slow sampai kering macam ni dan masukkan daun limau purut. Ok yang ni tak mau masuk pun tak apa, kami suka bau daun limau masuk laa 4 helai. Tutup api siap hidang nasi panas-panas.

Wajib cuba: Daging Masak Hitam Ala Ala Kenduri Sedap Lagi Terangkat, Patutlah Dapat 6k Perkongsian

Sambal Nasi Lemak Padu, Tumis Lama-Lama, Sedapnya Lain Macam!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM