Resipi Dim Sum Sedap & Mudah, Anak-Anak Pun Suka!

Share

Dim sum antara makanan tradisi cina yang sangat popular di Malaysia. Rasanya yang penuh berinti di cicah pula dengan sos menambahkan lagi selera. Bagi yang nak mencuba resipi dim sum boleh ikuti langkah mudah ini.

RESIPI DIMSUM

BAHAN KULIT DIM SUM

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna kuning telor (optional)
1 cawan air panas (masukkan sikit2 sambil kacau sebati tepung. kacau guna senduk sbb air panas tu, nanti melecur tangan)
bila dah sejuk sikit. boleh la uli guna tangan. sampai doh tak melekat di tangan. kalau lembik sgt. boleh tambah tepung sikit.

INTI DIM SUM

3-4 ketul dada ayam hancurkan. (boleh je ganti dengan udang, ketam, ikut selera masing2)
2-3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor
lobak merah
cendawan shitake / cendawan butang
lada hitam dan lada putih
garam
serbuk perasa
minyak bijan(optional)
daun bawang(optional)
Campurkan semua bahan inti. dan gaul hingga sebati.

canai kulit dimsum. dan bentukkan ikut suka hati korang la
lepastu panaskan kukusan. dan kukus selama 15min atau hingga inti masak.

lepas kukus boleh la terus makan atau nak frozenkan pon boleh.

 

selamat mencuba

Kredit: Ilham Resipi

Published by
NuFa