Kuih donat sememangnya menjadi kesukaan anak-anak kita di rumah. Melompat anak-anak gembira bila mana ibu mahu menyediakan donat di hujung minggu.
Apa kata kali ini kita cuba pula Donat Kampung Red Velvet yang kini viral. Bukan saja warnanya naik cantik bahkan rasanya juga boleh tahan. Sedap!
Jom cuba perkongsian resipi ringkas donat kampung dari Pn Hana Hana ini.
Donut kampung je tapi di tambah perisa red velvet. Cara mudah untuk membuatnya hanya dengan ulian tangan.
Boleh menghasilkan anggaran 10 ke 12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besarnya bebola doh.
Donut red velvet
*2 cawan tepung gandum Baker’s choice
*1 sdb gula
*1sdb susu tepung
*1/2 sdb margerin
*1 sdt yis kering
*Secubit garam
*1 sdt pewarna red velvet emulco
*1 sdt serbuk koko
*1/2 cawan air lebih kurang
1/2 cawan gula kaster
Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam 1 mangkuk besar.
Sebatikan dan uli sekitar 10 minit.
WAJIB CUBA:
Cara Masak Nasi Lemak Tanpa Santan, Masuk Bahan Rahsia Ni, Padu Habis!
Resipi Sambal Bilis Tempoyak Buat Nasi Bertambah-Tambah, Padu Betul!
Bukan Biasa-Biasa Tapi Donat Bersantan Super Lembut. Berlemak & Awesome!
Kemudian rehatkan 5 minit.
Boleh di bentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola.
Biar naik sekitar 20 minit.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan donut tadi, goreng 1 minit di setiap bahagian.
Angkat dan terus sadurkan dengan gula kaster atau susu tepung.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
aa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI