Resipi Berasaskan Sayur-Sayuran Untuk Si Kecil, Idea Ibu-ibu Pelbagaikan Hidangan
Ramai ibu-ibu mengakui bahawa anak-anak mereka tidak suka makan sayur. Walaupun sudah dipujuk dengan pelbagai cara namun tidak juga berjaya. Apa kata anda cuba pelbagaikan gaya masakan berasaskan sayur.
Tiga jenis resipi ini mudah disediakan. Boleh pelbagaikan gaya hiasan ketika menjamu anak-anak makan. Dengan cara itu anak-anak cari tertarik untuk mencuba. Mungkin sebelum ini anda tidak pernah memasak resipi-resipi ini di rumah, kali ini kita cuba.
RESIPI 1
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3. Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Chawanmushi, hidangan pembuka selera yang cukup popular di Jepun yang dibuat daripada campuran telur dan digabungkan dengan bahan-bahan lainnya, dikukus sebati sekali gus memberi kesempurnaan rasa yang sempurna!
Apa yang pasti ianya begitu mudah disediakan. Jadi apa kata, kali ini kita layan selera anak-anak dan keluarga dengan menyediakan Chawanmushi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Arina Rashid ini.
Siapa peminat chawanmushi? Meh Rina nak share satu resepi yang rasa dia nak sama macam chawanmushi.
Sebenarnya chawanmushi ni telur kukus je. Nak buat dia punyalah senang. Tak sempat nak berpeluh pun. Paling puas hati boleh letak bahan banyak-banyak. Camtu sekali.
Untuk resepi telur kukus / steamed egg / chawanmushi korang sediakan blender, pengukus, bekas ramekin. Kalau takda, guna tipuware pun boleh.
Bahan-bahan dia: 3 biji telur 260g air ½ tsp garam
Cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan kat atas sampai sebati.
Sediakan bekas. Kalau guna ramekin dapat 4 bekas. Kat bekas tu isilah segala apa-apa yang korang suka. Rina letak cendawan shitake dengan crabstick.
Tuang bancuhan telur tadi perlahan-lahan ke dalam bekas. Kalau ada buih, kaup buih tu buangkan. Ni sebab nak bagi cantik telur kukus tu nanti.
Nak tabur dengan daun bawang ke daun sup ke pun boleh. Lepastu kukus selama 20 minit.
Dah siap!
Super pantas dan berbaloi kan. Kalau chawanmushi dia guna dashi sebagai perisa. Kita guna garam pun dah ok dah tu.
Sebenarnya resepi asal dari cookidoo ni. Yang ada TM6 boleh refer resepi steamed egg dekat resepi Hainan Chicken Rice.
Setting tm6 untuk blend bahan-bahan atas tu ialah 6 sec, speed 4. Untuk kukus pulak, guna varoma tray, set kan masa 20 minit, suhu varoma, speed 3.
Menu berebus, bakar dan panggang antara menu yang cukup sinonim bagi ibu berpantang. Bukan sahaja sihat malah kesemua menu ini cukup enak disajikan bersama nasi panas ketika berpantang. Sedapnya tidak terkata.
Namun 44 resipi yang dikongsikan oleh ibu ini memang awesome. Bukan hanya lengkap dengan menu rebus, bakar dan panggang bahkan lengkap dengan minum petang dan sarapan pagi yang ringkas. Paling menarik terdapat juga resipi Nasi Ayam Pantang. Jadi siapa kata menu pantang tidak sedap? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fafae Mimie ini.
Sempena habis pantang, saya share idea menu pantang bersalin untuk bakal mommy. Semua sedap-sedap, air tangan mak.
NASI AYAM PANTANG
Nasi (tak tumis)
Masak beras bersama air rebusan ayam, sedikit kunyit, halia, bawang putih dan hirisan serai.
Ayam
Rebus separuh masak bersama halia dan bawang besar, sedikit garam, toskan.
Perap bersama sedikit kicap, halia dan bawang putih tumbuk.
Bakar sehingga masak
Sos nasi ayam
Kisar cili merah, bawang putih seulas dan tomato sebiji, didihkan, perasakan dengan garam, gula dan sedikit cuka.
DADA AYAM BAKAR
Bahan
Isi ayam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit lada hitam
2 sudu kicap
1. Rebus ayam sehingga separuh masak.
2. Perap bersama bawang halia kicap dan lada hitam.
3. Grill/ bakar sehingga masak.
Sos halia
Tumbuk 3 inci halia muda dan 1 ulas bawang putih.
Panaskan 2 sudu minyak, masukkan bahan tumbuk seketika.
Perasakan dengan sedikit garam gula dan minyak bijan.
BUBUR NASI
Bahan
Beras dan air secukupnya
Isi ayam
Halia
Lada putih
Sayuran
1. Didihkan air dan beras, masukkan isi ayam, carrot, halia yang dihiris halus.
2. Bila dah hampir kering, perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
Makan bersama serunding/ garlic crunchy
IKAN TENGGIRI KUKUS LADA HITAM
Bahan
Ikan tenggiri
Halia 2 inch
1 biji bawang merah
Lada hitam
Sos tiram
1. Bersihkan ikan, letakkan ke dalam mangkuk.
2. Lumur ikan dengan sedikit sos tiram, garam, lada hitam.
3. Hiriskan halia dan bawang, kukus sehingga masak.
IKAN MERAH KUKUS
Bahan-bahan
Ikan
Serai, bawang merah, halia
Sos tiram
Perahan lemon
1. Bersihkan ikan, gaul ikan dengan sos tiram, garam.
2. Taburkan halia, bawang merah, dan serai.
3. Kukus sehingga masak.
Semuanya ringkas tetapi sedap-sedap belaka. Paling penting sajian dan air tangan emak pastinya terlebih sedap. Jangan lupa cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!