Bila anak sudah mula ke sekolah, stok makanan untuk anak ke sekolah pastinya sudah disediakan lebih awal lagi. Donat antara menu ringkas dan mudah untuk anak bawa ke sekolah.
Apa kata kita sediakan donat frozen, lembut dan gebu macam span, seperti yang dikongsikan oleh Pn Zurina Kifli ini. Memang lembut!
Uli tangan pun boleh. In shaa Allah ekstra gebu dan ekstra lembut. Yang penting kena rajin menguli hingga doh cantik.
DONAT GEBU MACAM SPAN
Sukatan cawan minum teh
Perapan Yis :
1 1/2 cawan air suam, isikan dalam gelas besar @mangkuk. Nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (rahsia lembut gebu)
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut.
Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati. Siap.
Bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada.
Ads
**Saya guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
** Ayakkan tepung, kemudian satukan kesemua bahan kedalam mangkuk besar@talam besar.
** Sedikit air biasa jika perlu.
** Saya letak pelembut serbaguna Cream Super
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat.Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin.
Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Ads
Tutup bekas doh dengan tudungnya@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan @tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa @bentuk hati @bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat-melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali atau 2 kali sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat. Jangan kerap balikkan donat nanti hilang ring putih tu.
Ads
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengn gula@susu tepung+gula@coklat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comel sangat biskut ini! Warna semula jadi daripada puri buah tentu akan menarik minat si manja untuk menikmatinya.
Puan Noraniza Osman berkongsi resipi ini setelah menyediakan biskut ini untuk anaknya, Iyad yang berusia 10 bulan. Katanya ia adalah stok makanan jejari untuk anaknya.
RUPA BISKUT YANG CANTIK MENGUJAKAN!
Rupa cantik dan warna menarik pada biskut ini amat mengujakan para ibu untuk mencuba. Ibu ini berkongsi yang dia menggunakan buah naga sebagai sebahagian daripada bahan asas. Perkongsian Noraniza ini mendapat respons dan perkongsian ramai di sebuah kumpulan resipi anak di Facebook.
INFO BUAH NAGA
Buah naga, juga dikenali sebagai buah Pitaya, SEBIJI BUAH NAGA mengandungi kira-kira 60 kalori. IA kaya dengan vitamin termasuk vitamin C, B1, B2 dan B3. BUAH NAGA JUGA SARAT DENGAN mineral termasuk kalsium, besi, magnesium dan fosforus. BUAH EKSOTIK INI JUGA merupakan sumber serat, protein, asid lemak DAN omega.
COMEL SANGAT!
Comel sangat biskut ini! Itu yang paling menarik perhatian sesiapa yang memandang. Warna semula jadi biskut merah jambu ini adalah daripada puri buah naga. Si kecil tentu tertarik minat untuk menikmatinya. Ia juga dikatakan sesuai untuk diambil bayi kerana cair di mulut apabila mula digigit bayi.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1 buku unsalted butter (mentega tanpa garam)
2-3 cawan tepung gandum unbleached
3 sudu makan tepung jagung
Puri buah (untuk biskut dalam gambar, puri buah naga telah digunakan)
CARA PENYEDIAAN
Mentega dipukul sehingga kembang.
Masukkan puri buah dan kaup balik untuk sebatikan.
Masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum. Adun sampai adunan tidak melekat pada tangan.
Bakar pada suhu 170-180°c selama 10-15mnit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Menerusi ruang komen dalam Puan Noraniza memberitahu jumlah buah naga yang digunakan ialah kira-kira setengah biji manakala buah kurma pula 10 biji. Tepung unbleach yang digunakan pula dicadangkan dari jenama Faiza atau Rose.
Selain itu, banyak tip dikongsikan pada ruangan komen berkaitan resepi ini.
Bila cuti sekolah, dapur kecil mama di rumah pastinya dikunjungi anak-anak siang dan malam. Malah lebih kerap daripada biasa. Cuti sekolah masih berbaki hari ini, apa kata mama sediakan menu istimewa untuk meraikan waktu bersama anak-anak. Nasi Arab senantiasa menjadi pilihan kerana rasanya yang sedap.
Nak cuba resipi sedap dan mudah, resipi yang dikongsikan oleh Norashikin Ismail ini wajib cuba. Resipi ringkas tanpa menggunakan rempah ini mendapat perkongsian hingga 5.5K. Wow! Pasti sedap dan mantap. Jom cuba!
Alhamdulillah betul sedap resepi Nasi Arab ni. Tanpa guna rempah yang dijual pun. Husband dan anak-anak puji sedap dan sama macam makan kat kedai. Terbaik resepi ni.
Bahan untuk rebusan ayam, sup dan nasi
1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam (Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye, masuk je macam tu. Nak kuah lebih tambah sikit bahan-bahan)
Bahan Untuk Nasi
Tumis bawang besar setengah biji mayang*
Halia seinci & 3 sekawan*
2 sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cawan beras 1 1/2 cawan air ( Basmathi )
Garam
Tumis semua bahan* diatas masukkan dalam beras yang siap dicuci. Tambah air rebusan ayam & daun ketumbar. Ambil ayam yang direbus masukkan sekali dalam nasi.
Sambal Arab
Cili api & cili merah
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
(Blend + jus lemon)
Salatoh
Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
(Satukan semua perah lemon)
Ayam yang nak versi bakar (Saya lebih suka versi masuk dalam nasi..lembut sangat isi)
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
( Perap ayam seketika & bakar dalam oven dengan suhu 150°c selama 20-30 mnit)
Selamat mencuba!
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Nasi beriani, nasi minyak dan nasi hujan panas mungkin sudah terbiasa bagi kita. Apa kata kali ini kita cuba hidangan nasi istimewa, Nasi Minyak Zaitun pula di hujung minggu.
Paling utama kerana bahannya cukup ringkas dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian cikgu Afy AL Habibi. Gerenti sedap!
Serius menjadi dengan enak sekali dinikmati bersama semua menu yang dihidangkan. Wallahh. Serupa makan nasi Arab pun ada dah juga rasanya. Tak muak pun walau bertambah sampai tiga kali.
Bahan-bahan:
2 batang serai -diketuk
4 sekawan
2 helai daun pandan
1 biji bawang merah saiz bola pingpong
2 ulas bawang putih
Sehiris nipis halia
Daun bay
2 cup beras Basmathi
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya
Mula-mula tuangkan satu senduk minyak zaitun. Kalau ada minyak sapi boleh gunakan tiga sudu besar kemudian tumis bahan tumis, serai, 4 sekawan, bawang merah, bawang putih. Masukkan juga daun bay sebagai penambah aroma.
Kemudian masukkan beras basmathi yang ditoskan.
Perasakan dengan sedikit serbuk perasa. Atau nak guna kiub ayam Maggi pun boleh.
Balik-balikkan biar beras mesra. Kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi.
Masukkan air. Yang ni cikgu kira sukat dengan jari je. Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, letak pewarna oren dan kuning seperti dalam gambar. Jangan letak banyak terus, nanti tak cantik hasilnya.
Tak nak nasi patah, cikgu keluarkan dari periuk kaup balik perlahan-lahan dalam kuali begini. Ratakan pewarna tadi.
Kemudian tabur bawang goreng, daun ketumbar dan kismis.
Akhirnya bolehlah dimakan bersama lauk pilihan sendiri. Kalau nak tiru hidangan cikgu dua menu cikgu dah kongsi sebelum ini ya.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.