Kebanyakkan ibu buntu dan kekeringan idea nak bagi anak finger food apa yang senang dan berkhasiat. Kalau dapatkan di kedai anak mesti jemu. Tentu sekali ibu-ibu nak anak rasa kelainan dalam pemakanan.
Ikuti perkongsian Resipi French Fries dari Puan Nurul Hanim Omar untuk anaknya yang mudah dan cepat. Kalau beli di kedai makanan segera sudah tentu tidak sihat, garam berlebihan dan kuantiti serbuk perasa yang tinggi amat bahaya untuk anak.
Jadi ibu-ibu disarankan untuk buat sendiri. Boleh dijadikan stock simpanan untuk anak. Orang dewasa pun suka dengan resipi ini.
Finger Food and Snack Time;
Simple but nice and yummy
Ibu buat untuk kimi practice finger food tapi last-last nya jadi finger ibu sebab makan dalam kereta ibu taknak comot-comot.
Resipi ni guna 2 biji kentang. Dapat banyak. Sebab ibu pun nak join kimi makan dan buat frozen
FRENCH FRIES (4x makan)-boleh frozen kan
Bahan-bahan
2biji kentang saiz sederhana
2ulas bawang putih
1tsp parsley flakes / mix herbs
Unsalted butter/oil
Cara-cara
1. Buang kulit kentang dan potong memanjang/wedges.
2. Kukus 10min.
3. Tumbuk bawang putih hingga lumat.
4. Perapkan kentang yg telah dikukus bersama bawang putih & parsley kering.
5. Goreng hingga sedikit garing menggunakan unsalted butter/oil. (Utk frozen goreng kejap je terus angkat, sejukkan dan frozen)
6. Toskan dan sedia di makan.
Selamat Mencuba!
Sumber: Nurul Hanim Omar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chicken Bone Broth Kuatkan Antibodi, Perasa Semula Jadi Sedapkan Makanan Anak
Chicken broth menguatkan antibodi badan anak. Lebih menarik lagi ia boleh dijadikan bahan perasa semula jadi yang boleh menyedapkan makanan anak.
Paling seronok penyediaannnya tidak renyah. Bahan yang diperlukan tidak sukar ditemui dan ringkas. Dalam masa beberapa jam sahaja boleh memasaknya dalam kuantiti yang besar. Selepas dilecek dan ditapis, bolehlah disimpan sebagai stok untuk beberapa minggu atau bulan.
Ibu ini berkongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak & demam. Puan Azlin Fauzi sering kali menyediakan sup tulang ayam atau chicken bone broth untuk anak dan keluarga.
Ibu ini menggunakan chicken bone broth sebagai bahan tambahan dalam pelbagai jenis masakan. Bagi bayi, ia memberikan rasa sedap semula jadi tanpa perlu ditambah garam dan gula. Berikut ialah perkongsiannya;
Assalamualaikum mama, ramai yang masih tak tahu apa tu Chicken Bone Broth.
Chicken Bone Broth (CBB)
Chicken Bone Broth ni sangat-sangat sesuai dijadikan penambah perasa dalam makanan bayi sampai lah kita yang dewasa ni.
Nak masak letak Chicken Bone Broth hari-hari pun tak ada masalah. Sebabnya Chicken Bone Broth ni sangatlah berkhasiat sebab boleh meningkatkan immune system anak-anak.
CHICKEN BONE BROTH (CBB) sangat mudah berkhasiat dan lazat. Tak perlu nak bergaram-garam pun makanan baby.
Chicken Bone Broth ni sangat-sangat bagus as IMMUNE BOOSTER dan BRAIN FOOD dan keseluruhan kesihatan tau. Sediakan Chicken Bone Broth selama yang boleh sampai tua pon takpe. Risau anak-anak kurang selera makan? Anak selalu demam selesema?? Mari kita boost immune system anak dengan REAL FOOD!
Anak-anak tak sihat,kerap demam? Cuba mama cuba masak letak Chicken Bone Broth ini Insyallah ok. Masak apa boleh letak Chicken Bone Broth ni?
Buat nasi lemak boleh,nnasi ayam boleh,nmasak sup bole,nmasak nasi biasa letak Chicken Bone Broth je pun bole. Macam-macam lagi lah boleh masak guna Chicken Bone Broth ni.
Bahan-bahan untuk nak buat Chicken Bone Broth ini terdiri daripada is tulang-tulang ayam, rangka or kaki ayam dan asid lemah (tomato, asam keping, lemon)
So jom saya share bahan-bahan untuk buat Chicken Bone Broth dan cara penyediaannya (ini cara saya)
Chicken Bone Broth
Bahan-bahan
-Kaki ayam/tulang or rangka -tapi untuk dapat tekstur jeli mama bole guna kaki ayam sebanyak yang mungkin.
-Tomato
-Celery (lagi banyak dia bagi rasa masin)
-Sebiji bawang holland
-3 ulas bawang putih
-Bay leaf
-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
-Goji berry
-Mix herbs
Cara penyediaannya
Satukan semua bahan dalam slow cooker dan tambah air. Set auto dan biarkan ia mereneh 8-10jam. Lagi lama lagi bagus! Ada yang reneh sampai 24 jam tau!
Bila masak dalam slow cooker ni mama tak payah risau nak kena tambah air ke apa sebab airnya tak berkurang pun. Kalau tak ada slow cooker bole je buat Chicken Bone Broth, masak atas dapur dalam 4 hingga 5 jam pun ok tapi kena tambah air dan selalu alert la ye mama.
Plus masak Chicken Bone Broth ni WAJIB guna periuk stainless steel, ceramic atau kaca sahaja! Sebab apa?? Sebab tindak balas kimia dari asid lemah yang direneh lama akan bertukar kepada RACUN kalau guna periuk aluminium. Ini sangat bahaya kepada bayi!
So mama buat lebih kurang 12 jam, lepas tu bolehlah lecek semua bahan dan tapis. Masuk dalam bekas yang mudah mama nak guna nanti.
sebab kalau masuk dalam belas besar nanti nak guna kena defrost sebekas then bekukan balik cara ni boleh buat Chicken Bone Broth hilang khasiatnnya.
Apa-apa makanan yang dibekukan pun camtu sebaiknnya lepas defrost jangan dibekukan semula. Lepas dah tuang dalam bekas comel-comel biarkan suam-suam dulu sebelum simpan dalam peti sejuk bhgian sejuk beku.
Masa ni saya boleh tengok Chicken Bone Broth berubah menjadi jeli teksturnya. Insyallah Chicken Bone Broth ini bole bertahan shingga 3-4 bulan.
Sumber: Azlin Fauzi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya 5 Bahan, Sambal Nasi Lemak Jadi Padu! Memang Buat Makan Bertambah
Keenakan nasi lemak terletak pada sambalnya. Sambal yang pekat, cukup manis dan pedas membuatkan rasanya ‘perfect’ untuk hidangan pembuka hari!
Bagaimana nak hasilkan sambal nasi lemak yang sedap, jom ikuti resepi yang dikongsi.
Rasa nak makan nasi lemak ..kebetulan lauk kat peti kurang…benda paling senang simple…ank-anak suka……kami pencinta nasi lemak.
Resepi Sambal (untuk 6 orang):
1 labu Bawang holand
5 ulas Bawang merah
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
Cara penyediaan:
Bland semua tuu…tumis sampai pecah minyak..masukkan cili kisar 6 sudu besar…
Masukkan gula/ nisan..garam..sdikit air asam jawa..perasa tambahan. Siap!
Kredit:Sis Norey Yusof
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baik Untuk Tulang & Gigi, Ini 5 Resipi Berasaskan Susu Yang Best Untuk Anak!
Kebaikan susu kepada anak-anak tidak dapat disangkal lagi. Ia memberi banyak manfaat kepada si manja dan sangat diperlukan sepanjang proses tumbesaran mereka. Antara sumber vitamin yang terdapat di dalam susu adalah seperti vitamin A, vitamin D, vitamin K dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, susu mempunyai kandungan kalsium yang membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Susu juga diperkaya dengan protein. Pengambilan susu juga dapat membantu penghasilan tenaga dan bertindak sebagai sistem kekebalan dalam tubuh.
Oleh itu, Pa&Ma telah memilih SUSU sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula dari 1-5 Februari 2021. Terdapat lima resipi berasaskan susu telah dikongsikan oleh Pn Normasidayu Abd Halil sepanjang minggu ini.
Jom tengok 5 resipi menarik berasaskan SUSU ini :
MAC & CHEESE
BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan susu penuh krim
1 sudu teh minyak zaitun
2-3 sudu besar keju cheddar
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan makaroni pilihan
CARA MEMBUAT :
1. Rebus pasta sehingga lembut. Ketepikan.
2. Masukkan susu dalam kuali, tambah minyak dan kacau.
3. Masukkan keju dan tepung jagung. Masak & kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali, tambah makaroni yang dah direbus. Masak sehingga pasta kelihatan sebati dan pekat. Siap untuk dihidang.
MANGO SMOOTHIE (Anak satu tahun ke atas)
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga masak (jenis mangga lily atau mangga susu)
1 cawan susu penuh krim
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah mangga dan potong.
2. Masukkan susu dan mangga ke dalam mesin pengisar.
3. Kisar sehingga halus dan berkrim. Sejukkan di dalam peti ais. Boleh diminum apabila sudah sedikit sejuk.
PASTA CARBONARA
BAHAN-BAHAN :
Pasta secukupnya
1-2 ulas bawang putih
Sedikit kecil lada hitam
Sedikit mixed herbs
5 ekor udang
Sedikit sayur pakchoy
1/2 cawan susu penuh krim
2 sudu besat krim keju
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Rebus pasta sehingga lembut dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
3. Tambah udang yang dah dicincang atau dipotong dadu. Kacau sehingga bertukar warna.
4. Masukkan susu dan krim keju.
5. Tambahkan mixed herbs dan lada hitam.
6. Masukkan pasta & sayur pakchoy yang dipotong halus dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.
7 IN 1 HEALTHY PORRIDGE
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar oat (direndam air panas)
2 biji strawberry
8 biji blueberry
1 biji pisang
2 biji kurma
1/2 cawan susu penuh krim (dipanaskan dahulu jika usia anak bawah setahun)
1 sudu besar chia seed
CARA MEMBUAT :
1. Potong kecil buah-buahan.
2. Campurkan semua buah dengan bahan yang lain.
3. Kisar sehingga mendapat tekstur yang diingini.
BLUEBERRY CHEESE PANCAKE
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar oat
4 sudu besar susu penuh krim
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu makan krim keju
Segenggam beri biru
1 biji telur
2 sudu besar unbleached flour
1 sudu besar madu (untuk anak di bawah usia setahun, boleh gantikan dengan buah kurma)
CARA MEMBUAT :
1. Kisarkan semua bahan sehingga lembut dan berkrim.
2. Masakkan di atas kuali panas. Pastikan api perlahan dan angkat apabila sudah masak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI