Ada yang masih berkira-kira nak sediakan menu di pagi raya? Apa kata cuba hidangan nasi tomato dan ayam masak merah ini. Kombinasi set nasi tomato pasti buat raya anda dan keluarga sangat bermakna.
Biarpun tak dapat ke mana-mana, menu hari raya tetap kena sediakan. Orang kata walaupun menu ringkas, dah boleh memberi kegembiraan untuk seisi keluarga.
Nak tahu bahan apa yang diperlukan dan cara membuatnya, boleh tengok resipi ini. Nasi lembut dan tak patah, kuah ayam pun pekat.
Nasi Tomato Juadah Raya
Bahan Nasi Tomato
– 4 cawan beras basmathi Moghul (dibasuh dan direndam kira-kira 10-15 minit)
– 1 labu bawang merah India (dihiris)
– 3 ulas bawang putih (dihiris)
– 2 inci halia (dihiris)
– Sedikit kulit kayu manis
– Sedikit bunga lawang
– Sedikit bunga cengkih
– Sedikit buah pelaga
– 3 sudu besar minyak sapi
– 1/2 cawan minyak masak
– 4 cawan air
– 1/2 cawan susu cair
– 6 sudu besar puri tomato
– 3 biji tomato dicincang
– 3-4 helai daun pandan disimpul
– Sedikit garam
Ayam masak merah
Seekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
Segenggam cili kering (direbus dan dikisar halus)
5 biji bawang merah*
1 labu bawang holland*
5 ulas bawang putih*
3 inci halia*
3 biji tomato dikisar halus
4 sudu besar puri tomato
1 cawan sos cili
1/2 cawan susu cair (ikut suka tak nak letak pun boleh)
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Acar Jelatah
2 biji timun dibuang empulur nya (dipotong mancis)
2 batang lobak merah(dipotong mancis)
1/2 biji nenas saiz kecil (dipotong kecil)
1/2 labu bawang merah India (dipotong memanjang)
1 biji cili merah (dipotong kecil)
Cuka
Garam
Gula
Bahan lain
Bawang merah goreng
Sedikit daun ketumbar (saya cari tak jumpa, saya gantikan dengan daun parsli kering)
Cara-cara membuatnya:
1.Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bahan-bahan hiris naik bau. Masukkan bahan rempah. Bila bawang hampir kekuningan baharu lah masukkan puri tomato.
2.Masukkan tomato cincang. Gaul lagi.
Masukkan air, daun pandan dan susu cair.
Apabila menggelegak, masukkan beras dan garam. Masak lah hingga nasi masak.
3.Untuk ayam masak merah pula, kisar bahan-bahan bawang dan halia. Tumis bahan-bahan kisar berserta bahan rempah hingga pecah minyak.
Masukkan ayam. Biasanya ayam tu saya perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap sahaja tetapi oleh kerana saya nak cepat saya tak goreng dulu.
4.Masukkan tomato kisar, sos cili dan puri tomato serta susu cair. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Masak hingga ayam lembut dan kuah nya sedikit pekat. Apabila nasi sudah masak gembur-gemburkan dengan chopstick supaya nasi tak patah.
5.Untuk acar jelatah, campur kesemua bahan hiris/potong dengan cuka, garam dan gula.
Kredit: Dapur Yusfarisyia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparent)