Resipi Ikan Goreng Style Orang Lama, Padu Tak Ingat, Confirm Nasi Bertambah!

Share

Tak perlu kuah bersantan atau sambal pedas, cukup hanya ikan goreng pun buat kita makan nasi bertambah. Jika kebiasaannya kita goreng ikan dengan kunyit dan garam sahaja, ubah kelainan style orang lama.

Apa resipi orang lama? Tidak hanya kunyit dan garam bahkan tumbuklah sedikit bawang dan cili kisar dan perap. Ikan goreng jadi bertambah sedap.

Jom cuba perkongsian resipi Ummi Hanna ini. Sedap!


Ikan goreng akak stail. Nasi panas-panas ada sambal belacan, budu, ulam-ulam petai skit pun dah cukup nikmat. Alhamdulillah.

Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 sdb cili kisar
3 sdb garam halus
Belacan sikit (optional)

Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur. Lepas tu tumbuk bawang merah bawang putih. Tak lumat sangat pun tak apa.

Masukkn cili kisar, gaul-gaul rata masukkan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti, nak guna ambik sikit.

Lumur ikan dan perap sekejap lepas tu goreng.

Minyak goreng ikan tu sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan.

Nota:
* Guna sudu besar, banyak tapi bukan guna sekaligus tu. Buat stok simpan dalm peti. Senang tak payah tumbuk banyak kali.

* Garam tu ikut citarasa la nak rata atau nak penuh.

* Kalau simpan bekas bertutup elok seminggu pun tahan, tak ada hal.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM