Bosan dengan lauk pauk bersantan dan bertumis, ikan asam dengan nasi panas sudah cukup buat nasi bertambah. Apa resipi ikan asam power ni?
Resipi perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid ini anda kena cuba. Simple tapi sedap.
Bahan-bahan ikan tepuk asam:
Asam jawa
Garam secukup rasa
Tepung beras/ Tepung gamdum + tepung jagung
Sedikit air
Ikan kegemaran
Hari ini saya guna ikan patin. Ikan tepuk asam sedap jika ikan jenis berminyak atau berlemak seperti ikan patin atau ikan salmon.
Kedua, sedap juga dengan ikan yang boleh garing rangup selepas goreng seperti ikan selangat yang dikelar-kelar.
Picit asam jawa dengan air sehingga menjadi pes. Jika guna pes asam jawa yang siap-sedia, boleh tambah air sedikit.
Gaul ikan dengan pes asam jawa, garam dan tepung. Lebih sedap jika diperap sekejap.
Goreng dalam minyak panas. Saya sarankan guna kuali kecil dan masukkan minyak sekadar perlu, tambah jika perlu semasa memasak.
Hal ini kerana minyak akan jadi hitam kerana asam jawa. Seperti menggoreng ikan cencaru belah belakang yang telah disumbat sambal. Sayang hendak dibuang minyak banyak-banyak.
Nah! Hitam bukan? Apabila dah rasa, pakat mahu yang paling hitam semua.
Padanan yang sesuai untuk menimbulkan selera makan yang padu. Orang tua mahupun kanak-kanak bahkan mereka yang mahu sesuatu yang baru untuk tunas rasa selepas asyik makan menu yang sama. Jom makan! Bismillah.
Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!