Musim durian ini apa kata mama sediakan jemput-jemput atau cekodok durian untuk anak. Bukan cekodok biasa tetapi cekodok berintikan durian di dalamnya. Memang lain macam sedapnya.
Jom cuba perkongsian resipi Ju Mohamad ini. Wajib cuba!
Jemput-jemput Durian versi BERINTI DURIAN. Updated post : Saya kongsi sekali lagi teknik lain yang lebih senang dan cepat. Terima kasih yang bagi tips ni.
Bahan-bahan:
2 sudu kecil mauripan (yis)
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu gula
4 cawan tpg gandum
Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam, biarkan yis kembang.
Gaulkan bersama tepung gandum. Gaul sebati.
Perap selama 30-45 minit.
Isi durian tu potong-potong guna gunting supaya senang nak letak dalam tepung.
Cara nak goreng, ambil isi durian dan masukkan ke dalam adunan dan sudukan adunan tadi. Gentelkan menjadi bulat. (Buat macam dalam video tu ya.)
Goreng hingga kekuningan.
Selamat mencuba!
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI