Kari daging biasa mungkin sudah terbiasa. Apa kata kali ini kita cuba resipi Kari Daging Pakistan pula. Memang lain dari yang lain.
Paling unik pastinya penambahan sayur sawi yang diracik halus ke dalam kuah kari. Memang lain dari yang lain. Jom cuba resipi perkongsian Teratai Putih.
Saya kongsikan step memasak Kari Daging Pakistan. Menu ni memang favourite kami sekeluarga. Kalau lama tak makan pandai terindu-rindu kata orang Sabah.
Resepi Kari Daging Pakistan
Bahan-bahan:
2 kilogram daging manis
2 kilogram sawi hijau
4 biji ubi kentang
5 biji tomato
1 labu bawang besar
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 8 ulas
Halia 3 inci
Minyak 1-2 cawan
Bahan tumisan:
Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 8 ulas
Halia
Dua kg daging dipotong dadu. Basuh, toskan kemudian perap garam, kunyit. Air asam secukupnya (jangan terlalu banyak)
Potong halus sayur sawi. Basuh dan toskan.
Panaskan minyak secukupnya. Kalau nak sedap banyakkan minyak. Kalau nak sihat kurangkan minyak.
Masukkan bawang besar. Bila dah naik bau, masukkan tomato.
Saya penggemar serbuk kari 888 dan selalu guna brand ni. Masukkan anggaran 150gm kari 888. Kalau nak pedas lagi boleh masukkan 200gm.
Bila bawang dan tomato dah lembik, kecilkan api dan masukkan kari. Penting kecilkan api supaya tak hangit. Gaul hingga rempah sebati dan naik bau.
Bila kari dah masak dan naik bau, masukkan daging dan ubi kentang.
Gaul lagi, kemudian masukkan perasa garam gula dan penyedap rasa. Gaul sebati.
Bila dah sebati tutup masakan dan kecilkan api sehingga air daging keluar. Bila daging dah berair besarkan sedikit apinya.
Nota: Jangan tambah air sebab daging dah sedia berair ya, sayur sawi pun berair juga. Hanya tambah sikit-sikit air bila diperlukan.
Bila daging dah hampir empuk masukkan sayur sawi. Lupa ambik gambar selasa sawi dicampak masuk. Dah masak baru ingat.
Dah nak masak dah, tambah perasa apa-apa yang masih kurang. Gaul dan gaul hingga masak.
Alhamdulillah dah masak dah. Sedia untuk dihidangkan.
Nota: kalau nak makan bersama nasi. Masak nasi bubuh garam dalam setengah ke 1 sudu. Ni sedap juga makan dengan roti.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!